SIK - Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (Keda) daerah ini telah menjalankan
satu program imam muda bagi melahirkan generasi Ulul Albab pada masa
akan datang.
Pengurus Besar Keda, Dato Mohd Arpan Shari berkata, program berkenaan bertujuan untuk melahirkan generasi muda yang mempunyai pengetahuan agama yang tinggi dan membolehkan mereka menjadi tempat rujukan untuk semua golongan lapisan masyarakat.
“Program ini akan dijalankan sebanyak 10 siri dan seramai 55 peserta terlibat di dalam siri pertama ini. Mereka ini akan ditauliahkan pada November 2014.
“Ia juga bertujuan untuk melahirkan belia yang berakhlak mulia pada masa akan datang di samping memberi pendedahan kepada peserta berkaitan aspek keagamaan, kerohanian, kemasyarakatan, sahsiah diri, ekonomi, pendidikan, dan komunikasi,” katanya.
Menurutnya, gejala sosial seperti ketagihan dadah, merompak, rempit dan sebagainya juga akan mampu dibanteras sekiranya golongan belia seperti ini berjaya diasuh dengan pengetahuan agama yang sempurna.
Beliau mengharapkan generasi Ulul Albab yang pertama ini mampu memberikan komitmen yang baik terhadap tugasan yang diberikan bagi memastikan modul yang dijalankan berjaya.
Sementara itu, seorang peserta, Muhamad Azamuddin Aziz, 15, berkata, dia menyertai program terbabit berikutan ingin menimba ilmu pengetahuan agama.
"Saya juga mahu buktikan kepada keluarga bahawa saya boleh bergelar imam muda. Ilmu agama adalah ilmu yang bernilai, rugi sekiranya kita sebagai seorang Muslim masih leka mengejar duniawi.
"Agama perlu didahulukan dalam pelbagai aspek sekalipun," katanya. - sh