Suami meraung saksi isteri tidak bernyawa di depan mata...

Seorang suami meraung sekuat hati apabila melihat mayat isterinya tertiarap berlumuran darah selepas motosikal dinaiki mereka bertembung dengan pikap di persimpangan lampu isyarat Jalan Lintas-Kepayan di sini, kelmarin.

Dalam kejadian pada jam 6 petang, Raidah Lumamdai, 37, mati serta-merta di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala manakala suaminya, Harry Kudin, 38, hanya mengalami kecederaan ringan.

Difahamkan, pasangan suami isteri itu dalam perjalanan pulang ke rumah di Cybercity selepas menemani mangsa mendapatkan rawatan di Klinik Luyang.
 
Kejadian itu menyebabkan mangsa terpelanting ke tengah jalan dan cedera parah di kepala. -Metro