KULIM - Gara-gara menunggang motosikal ala superman, dua pelajar lelaki
berusia 16 dan 17 tahun ditahan polis dari Jabatan Pencegahan dan
Pembanterasan Jenayah (JPPJ) Ibu Pejabat Daerah Kulim (IPD) di Jalan
Tunku Abdul Rahman, kira-kira jam 3 pagi kelmarin.
Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, ketika kejadian JPPJ sedang membuat rondaan cegah jenayah dari Jalan Kilang Lama menghala ke Jalan Tunku Abdul Rahman.
Menurutnya, apabila tiba di tempat kejadian, suspek memecut dan memotong kenderaan dinaiki polis.
“Anggota JPPJ yang menunggang motosikal kemudiannya memburu suspek dan berjaya menahan mereka di lampu isyarat Simpang Tiga Keladi. Ketika pemeriksaan dibuat, kedua-dua suspek tidak mempunyai lesen memandu dan salah sebuah motosikal ditunggang suspek tidak mempunyai cukai jalan dan perlindungan insurans.
"Suspek dibawa ke Trafik Kulim untuk tindakan saman manakala motosikalnya turut disita. Polis hanya akan mengembalikan motosikal itu kepada pemilik asal setelah cukai jalan serta insurans dihidupkan. Selain itu, pemilik akan disaman kerana membenarkan remaja bawah umur menunggang motosikal itu,” katanya.
Dalam pada itu, Ghuzlan menasihatkan kepada semua pelajar supaya jangan menunggang motosikal secara melulu kerana ia boleh membahayakan pengguna jalan raya dan diri mereka sendiri.
Katanya, sehingga kini hampir 50 kematian dilaporkan berlaku berpunca dari kemalangan.
Menurutnya, ibu bapa harus memantau kemana anak mereka pergi setelah mengerjakan solat terawih.
Menurutnya ramai kalangan remaja terutama mereka di bawah umur menjadikan alasan mengerjakan solat terawih untuk berpelesiran. -sh