BALING - “Masuk tahun ini, dah 23 tahun saya tak berjumpa adik, saya tak
tahu dia tinggal di mana dan dengan siapa. Kalau boleh tahun ini saya
nak beraya dengan dia,” kata Mohd Firdaus Abdullah, 25, abang kandung
kepada Kalsom Abdullah, 23, yang terpisah sejak kecil lagi.
Mohd Firdaus berkata, disebabkan kesempitan hidup keluarga, ibunya terpaksa menyerahkannya kepada keluarga angkat sejak umurnya baru beberapa bulan.
Menurutnya, adiknya yang ketika itu baru dilahirkan diletakkan di Hospital Sik dan sehingga kini dia tidak mengetahui siapakah yang menjaga adiknya itu.
“Dah puas saya mencari, tapi tidak membuahkan hasil. Nama adik pun saya tak tahu, tapi bila semak dengan Jabatan Pendaftaran menerusi nama ibu, mereka kata nama dia Kalsom Abdullah.
“Saya cuba dapat maklumat lengkap, tapi pihak berkenaan tidak benarkan kerana ianya maklumat sulit,” katanya kepada Sinar Harian.
Katanya, dia kini tinggal bersama sebuah keluarga angkat Kampung Batu lima Sik selepas penjaga angkatnya sebelum ini meninggal dunia kerana kemalangan.
“Dulu saya tinggal dengan keluarga di Kampung Padang Geh. Kemudian penjaga saya meninggal dunia kerana kemalangan. Masa itu, saya dah umur 11 tahun. Selepas itu, barulah saya tinggal dengan keluarga di kampung ini,” katanya.
Mohd Firdaus yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di Hospital Sungai Petani berkata, dia langsung tidak mempunyai maklumat mengenai adiknya itu.
“Saya tak pernah jumpa dia, dan langsung tidak punya gambar dia. Yang saya ada hanya gambar ibu,” katanya.
Mohd Firdaus berkata, ibunya, Zainab Abdul Rahman, 48, yang menetap di Kampung Sik Dalam kini dijaga oleh kakaknya.
“Mak dah tak berapa sihat, cakap pun tak jelas dan dia pun tak tahu siapa yang ambil adik saya,” katanya.
Menurutnya, dia amat berharap, kalau ada sesiapa yang mengetahui mahupun mempunyai maklumat mengenai adiknya itu, dapat menghubunginya secepat mungkin.
Mohd Firdaus dapat dihubungi menerusi talian 019 5614593. - sh