Tiz Zaqyah Minat Suami Orang..?

Pelakon putih gebu, Tiz Zaqyah, mengaku berdebar-debar berhadapan dengan bintang pujaan hatinya, Farid Kamil, yang juga merupakan suami kepada pelakon jelita, Diana Danielle.

Kata Tiz, dia cukup kagum dengan Farid khususnya berhubung gaya lakonan aktor itu yang hebat.

Pun begitu, Tiz turut mengaku mudah menyesuaikan diri dengan pelakon yang diminatinya itu apabila pertama kali digandingkan dalam drama adaptasi novel, Jodoh Itu Milik Kita, baru-baru ini.


“Awal-awal penggambaran tu saya rasa janggal. Saya jadi berdebar sebab lagipun ini pertama kali kami digandingkan bersama. Starstruck juga lah sebenar dengan dia.

“Nak, nak dalam drama ni kami sebagai pasangan suami isteri. Drama ni berat sebab saya banyak menangis. Banyak juga babak romantik. Jadi bila saya perlu manja-manja dengan Farid, saya malu. Tapi kami masing-masing anggap macam kawan-kawan dah lama-lama tu, saya mula selesa”, katanya yang dipetik dari Malaysian Digest.

Bercerita mengenai persiapan Aidilfitri kali ini, Tiz memberitahu bahawa dia kebiasaannya akan berhari raya di Subang, Selangor, sebelum pulang ke kampung halaman ayahnya di Negeri Sembilan dan kampung sebelah ibunya di Melaka.

Menurutnya, dia akan bertugas sebagai "tukang kemas rumah" di samping bertanggungjawab untuk menghias rumahnya pada Aidilfitri.

“Selalunya saya lebih suka mengemas dan menghias rumah. Ibu saya yang akan masak juadah. Baju raya pula, kami beli siap jer. InsyaAllah, kakak saya yang tinggal di Singapura akan balik ke sini raya kali ni. Walaupun keluarga kami kecil tapi raya memang meriah.

Tidak dilupakan, Tiz turut mengumumkan bahawa dia akan bertandang ke rumah teman istimewanya, Daniel Haziq, pada hari lebaran nanti.