ALOR SETAR - Tinggal beberapa hari sahaja lagi umat Islam akan
menyambut ketibaan Syawal, namun sambutan pastinya tiada makna tanpa
orang tersayang di sisi, terutama ketika ahli keluarga tidak dapat
meraikan bersama seperti lazimnya.
Bekas Menteri Besar, Tan Sri Azizan Abdul Razak yang masih menjalani rawatan di Hospital Pulau Pinang (HPP) sejak 7 Mei lalu, kini bertambah sihat namun masih belum dibenarkan pulang ke Alor Setar.
Isteri beliau, Puan Sri Faekah Sheikh Hamzah berkata, pihaknya masih menanti maklum balas doktor yang merawat Azizan, berhubung perpindahan itu.
“Buat masa ini, kami akan beraya di sini jika Azizan perlu menerima rawatan di HPP, jika sebaliknya, saya akan umumkan kemudian,” katanya.
Menurutnya, sepanjang Ramadan ini, Azizan dilihat lebih bersemangat dan sering mengajak ahli keluarga berbual, namun mereka cuba menghalang beliau daripada berbuat demikian kerana bimbang beliau keletihan.
“Azizan sering tanya hal anak-anak terutama cucu berusia empat bulan yang menetap di Sungai Petani. Beliau ada kata rindu pada riuh rendah anak cucu seperti di rumah sebelum ini,” katanya.
Faekah berkata, sambutan raya kali ini juga dibuat ala kadar kerana mereka sekeluarga agak sedih dengan keadaan Azizan.

“Tiada persediaan pun kerana kami tak mampu untuk bergembira sedangkan
ketua keluarga dalam keadaan sakit. Saya sendiri pun tak rasa seronok
nak raya, apatah lagi nak buat sambutan raya.
Saya serah pada anak-anak uruskan,” katanya.
Menurutnya, bagaimanapun, beliau bersyukur kerana Azizan kini tidak lagi bergantung sepenuhnya kepada ubat-ubatan dan tiub (wayar) yang sebelum ini berselirat untuk rawatannya.
“Hanya tiub untuk makan dan suntikan ubat yang kekal, lain semua sudah ditanggalkan. Malah bekalan ubat juga sudah berkurangan,” katanya.
Faekah turut melahirkan rasa syukur susulan majlis kenduri yang diadakan di HPP pada hari kedua berpuasa berjalan lancar.
“Saya bersyukur majlis yang dihajatkan Azizan itu lancar dan semua kakitangan termasuk pelawat berkesempatan menikmati juadah yang disediakan. Ini sebagai tanda penghargaan kami sekeluarga terhadap layanan dan perkhidmatan yang diberikan selama ini,” katanya.

Azizan, 69, yang juga Adun Sungai Limau, menjalani pembedahan memotong
kedua-dua belah kakinya pada 9 Mei lalu, akibat komplikasi diabetes.
Beliau dipindahkan ke HPP dari Kedah Medical Centre (KMC) selepas
dirawat kerana jangkitan kuman pada kakinya.