Susah betul bila ada lelaki "sex maniac" tinggal di kawasan perumahan kita. Kalau dia tidak kacau ketenteraman awam, mungkin tidak menjadi masalah. Namun jika dia "buat hal", apa pula tindakan yang sewajarnya kita lakukan?
Kecoh di laman Youtube mengenai sebuah video klip yang memaparkan seorang lelaki "desperate" yang selamba mencuri seluar dalam wanita di sebuah rumah.
Dipercayai, tuan rumah yang menjadi mangsa curi seluar dalam itu tidak mengunci pintu pagar sehingga mendorong lelaki "gila seks" itu untuk masuk dan mencuri "seluar kecil" yang tersidai di ampaian.
Moralnya, sila kunci pintu pagar rumah anda setiap masa dan pastikan anda melaporkan pada pihak berkuasa sekiranya perkara di bawah berlaku di kawasan perumahan anda. Jangan lupa sertakan sekali bukti yang ada.
Saksikan video klip "kantoi" tersebut di bawah...