PENDANG - Beberapa penduduk di sini rimas dengan bunyi bising radio yang
datangnya dari rumah kedai taman terbabit yang dikatakan dijadikan
tempat ternakan burung layang-layang.
Sinar Harian difahamkan, pemilik premis terbabit dikatakan berdegil kerana terus memasang audio di bangunan itu walaupun telah menerima saman daripada Majlis Daerah Pendang (MDP) selepas laporan berkaitan perkara itu dilaporkan Sinar Harian Jun lalu.
Seorang penduduk yang mahu dikenali sebagai Ani berkata, bunyi radio berkenaan masih lagi dipasang di bangunan itu setiap hari.
“Bila keadaan bising setiap hari, sesiapa pun akan merasa rimas. Ia mengganggu penduduk untuk berehat.
“Sudahlah taman ini tidak terjaga, ditambah pula dengan bunyi radio berkenaan, penduduk mula rasa naik angin,” katanya kepada Sinar Harian.
Menurutnya, sejak bangunan itu dijadikan tempat ternakan burung ia turut mengundang masalah apabila banyak burung lain yang berkeliaran di kawasan rumah sehingga menyebabkan kawasan rumah dipenuhi tahi burung.
Ani berkata, sudah banyak kali MDP mengambil tindakan namun ia tidak bertahan lama dan keadaan itu pasti berulang kembali.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Bukit Jenun, Sharif Kassim mengesahkan, MDP telah mengambil tindakan saman terhadap pemilik premis itu.
“Saya difahamkan tempat itu tidak lagi dijadikan tempat ternakan burung namun menghairankan apabila radio itu masih lagi dipasang setiap hari.“Saya difahamkan mengenai perkara ini dan berharap agar penduduk bersabar sementara menunggu tindakan diambil,” katanya.