Pelakon jelita Rozita Che Wan, 40, mengesahkan akan bernikah dengan kekasihnya, Zain Saidin, 29, selepas satu majlis merisik diadakan di Carcosa Seri Negara, di sini, petang tadi (Ahad).
Pasangan terbabit akan melangsungkan pernikahan pada bulan Disember ini, namun tarikhnya akan diumumkan dalam satu sidang media dalam waktu terdekat ini.
Rozita berkata, pada majlis yang dihadiri anggota keluarga dan rakan terdekat itu, dia menerima sebentuk cincin berlian, sirih junjung dan buah-buahan.
Katanya, majlis itu dirancang sejak dua minggu lalu dan Zain tidak hadir di majlis itu.
Menurutnya, mereka juga tidak bertunang, sebaliknya akan terus bernikah Disember ini.