Sydney: Pemimpin ajaran sesat Papua New
Guinea yang dikenali sebagai ‘Black Jesus’ dikasi oleh orang ramai
yang berang selepas mereka menetaknya hingga mati kerana membunuh remaja
perempuan untuk dijadikan korban.
Steven Tari, pesalah rogol yang disyaki memakan mangsanya dibunuh di sebuah kampung terpencil di Papua New Guinea minggu lalu.
Akhbar National melaporkan dia diburu 80 lelaki sebelum dibunuh,
kemaluannya dikasi dan diheret dengan tongkat yang diikat pada lehernya
sebelum dicampakkan ke dalam perigi buta.
Tari menjadi buruan sejak melarikan diri dari penjara di Madang, timur negara itu bersama 48 banduan lain pada Mac lalu.
Tari menjadi buruan sejak melarikan diri dari penjara di Madang, timur negara itu bersama 48 banduan lain pada Mac lalu.
Mayatnya digali polis, pekerja penjara dan pekerja kesihatan Jumaat lalu. Seorang doktor di Hospital Modilion, Gawi, berkata, mayatnya mempunyai beberapa kesan tetakan.
‘Dia ditetak dan dikelar dengan pisau di lengan, kaki, dada dan perut hingga menampakkan ususnya. Kemaluannya juga dikasi,” kata Gawi.
Tari, paderi Lutheran yang gagal dan lebih dikenali sebagai Black Jesus didapati bersalah pada 2010 kerana memperkosa remaja perempuan yang menjadi pengikut gerejanya dan dihukum penjara 10 tahun.
Ketika itu dia mempunyai beribu-ribu pengikut di kampungnya, termasuk askar bersenjata yang bertugas melindunginya.
Antara ajarannya ialah remaja perempuan perlu ‘berkahwin’ dengannya sebagai mentaati suruhan Tuhan. - AFP