Sehari sebelum DAP mengadakan kongres khas untuk melantik semula
pimpinan tertingginya, seorang pemimpin Melayu parti itu mengoyakkan kad
keahlian, kerana menyifatkan DAP rasis.
Presiden Kongres Melayu Pulau Pinang (KMPP) Rahmad Ishak mengesahkan
ura-ura beliau akan keluar daripada parti itu pada sidang media di Pulau
Pinang sebentar tadi.
Beliau menuduh parti itu memperalatkan orang Melayu untuk agenda
politik sempit dengan berselindung di sebalik istilah ‘berbilang kaum.’
Rahmad menyelar Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng sebagai pemimpin
ala-Hitler yang memimpin parti itu secara kuku besi bersama bapanya Kit
Siang.
“Parti DAP bukanlah tempat orang Melayu berlindung, tetapi sebaliknya
dipergunakan secara senyap dan halusu untuk memuaskan hawa nafsu
pemimpin mereka.
“Malah penggunaan istilah amar makhruf nahi mungkar hanyalah
diperdagangkan oleh Lim Guan Eng dengan niat untuk mendapatkan sokongan
orang Melayu,” kata beliau.
Rahmad berharap perwakilan DAP akan memilih barisan pemimpin yang berwibawa esok demi membela perjuangan pelbagai kaum parti itu.
Beliau kemudian mengoyak kad keahliannya.
Semalam, Rahmad memberitahu Antarapos bahawa beliau amat keciwa melihat DAP semakin bongkak dan meminggirkan ahli Melayunya.
“Selepas PRU13, kita tengok DAP di Pulau Pinang terutamanya melampau
tidak dapat menjaga ahli Melayu dalam parti yang bilangannya berapa
kerat sahaja,” katanya.
“Jadi macam mana nak jaga orang Melayu di Pulau Pinang kalau macam itu?’ tambah Rahmad.
“(Perjuangan) pelbagai kaum hanya di mulut … tapi mana dia pemimpin
Melayu daripada 19 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dimenangi
oleh DAP di Pulau Pinang,” katanya.
“Bukan tidak ada pemimpin Melayu yang layak tetapi mereka lebih gemar
kepada (calon yang) ada kena mengena dengan keluarga Lim Guan Eng,”
ujarnya.
Setiausaha Politik Guan Eng, Zairil Khir Johari adalah satu-satunya
Ahli Parlimen Melayu daripada DAP di Pulau Pinang sungguhpun status
Zairil sebagai anak Melayu dipertikaikan oleh pelbagai pihak di dalam
dan luar parti itu.
Pada pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP Disember lalu, semula
lapan calon Melayu tewas dalam pemilihan parti, sekali gus menempelak
cubaan Guan Eng untuk memaparkan DAP sebagai parti pelbagai kaum.
Beberapa minggu selepas itu, Guan Eng mendakwa berlaku kesilapan
dalam pengiraan undi dan Zairil kemudian diisythiarkan sebagai memenangi
kerusi CEC.
Susulan itu, Pendaftar Pertubuhan (ROS) enggan mengiktiraf CEC DAP
dan mengarahkan parti itu mengadakan pemilihan semula yang akan diadakan
esok di Petaling Jaya.
Bagaimanapun pemilihan semula itu turut dibelut kontrovesi apabila
ROS mendedahkan bahawa DAP melanggar pelembagaannya kerana tidak
memberikan notis 10 minggu kepada ahlinya mengenai pemilihan itu.
Rahmad menjangkakan lebih ramai ahli DAP yang bakal meninggalkan parti rasis itu dalam masa terdekat ini.
Beliau menyertai DAP pada bulan Jun tahun lalu.