Seorang lelaki yang hanya dikenali sebagai Xiaolian mempunyai hidung baru yang tumbuh di dahinya.
Xiaolian, 22, menjalani rawatan bagi menggantikan hidung asalnya yang
cacat selepas dijangkiti virus di sebuah hospital di Fuzhou, wilayah
Fujian.
Xiaolian, mengalami kecacatan di bahagian hidungnya akibat kemalangan
jalan raya pada Ogos tahun lalu dan doktor yang merawatnya gagal
memulihkan hidungnya.
Ekoran nahas yang dialaminya, hidung Xiaolian mengalami jangkitan dan tulang hidungnya terjejas.
Doktor tidak mempunyai pilihan lain tetapi terpaksa
menjalankan prosedur yang membolehkan hidung barunya tumbuh di dahi bagi
menggantikan hidung asalnya.
Hidung itu direka dengan menanam tisu kulit ke dahi Xiaolian.
Ia dipotong mengikut bentuk hidung dan disokong oleh tulang rawan yang diambil daripada rusuk Xiaolian.
Pakar bedah berkata, hidung baru itu tumbuh dengan baik dan
pembedahan transplan akan dijalankan dengan secepat mungkin. – Agensi