Penerbit dan pengarah tersohor, Datin
Paduka Shuhaimi Baba mendedahkan selain menerima pelbagai cercaan dan
makian beberapa pihak gara-gara penghasilan filem penuh kontroversi,
Tanda Putera (yang kini masih lagi ditayangkan di pawagam).
Beliau juga
pernah menerima ancaman bunuh dan ugutan pejabatnya dibakar andai
tayangan filem itu diteruskan.
"Sebenarnya selepas kerajaan Pulau
Pinang mengeluarkan surat nasihat (kepada pawagam), bertimbun maklum
balas kami perolehi, samada di laman sosial, email mahupun panggilan
telefon.
"Saya tidak kisah komen, tetapi biarlah bukan menghina atau
mencerca.
"Ada juga yang mahu campak saya ke neraka. Siapa yang tidak takut.
"Saya hanya pembikin filem, kenapa memberi reaksi melampau. Apabila semakin banyak ugutan sebegitu, saya jadi lali. Saya tidak membuat laporan polis kerana orang sebegitu hanya berani apabila kita tidak mengetahui identitinya.
"Kami bertawakal kerana yakin nawaitu kami ketika menghasilkan Tanda Putera”, katanya yang dipetik sumber Berita Harian.