Punca kematian Azizan Razak dikenal pasti

ALOR SETAR 26 Sept. - Timbalan Pengarah Perubatan 1 Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Dr. Nor Zaini Morad berkata, melalui diagnosis yang dijalankan kematian Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak berpunca daripada kegagalan organ dalaman yang pelbagai dan jangkitan kuman dalam darah.

''Allahyarham mula kritikal sejak awal pagi semalam setelah jantung terhenti kira-kira pukul 3 pagi semalam.

''Selepas itu Allahyarham diberikan rawatan intensif dan antara organ yang gagal berfungsi ialah buah pinggang, organ mata, lemah saraf dan keadaan peredaran darah yang lemah di bahagian kaki.

Menurutnya, selain itu, Allahyarham juga menghidap komplikasi akibat penyakit diabetis.

Jenazah Allahyarham dijangka dikebumikan di Muassasah Darul Ulum, Pokok Sena kira-kira pukul 5 petang ini.