SIKAP lemah-lembut dan penyayang yang dimiliki penyanyi Adam AF telah
berjaya menambat hati isterinya, bekas anggota kumpulan Elite, Siti
Zaidatul Fiza Abdul Halim, 33, untuk menerima lamaran daripada jejaka
kelahiran Sabah itu.
Ketika ditemui Mynewshub di majlis pernikahanya sebentar tadi, Fiza
menyatakan ,”Adam seorang yang lemah-lembut, dia seorang penyayang dan
saya rasa senang sangat dengan dia”.
Selain itu, antara faktor yang membuka hati Fiza untuk menerima Adam
ialah melihat keakraban di antara anak-anaknya iaitu Ferra Aryana, 5,
dan Feeya Adyrra, 4, dengan Adam malah kedua-duanya puterinya itu sangat
menyayangi Adam seperti ayah mereka sendiri.
Sementara itu, Adam menyatakan dia mengetahui hakikat Fiza merupakan
seorang janda beranak dua ketika di awal pertemuan mereka dahulu dan
menyatakan kesediaannya bergelar bapa kepada anak-anak Fiza hasil
perkahwinan terdahulunya.
“Saya terima seadanya (anak Fiza) sebab sebelum saya nak keluarkan
kata-kata lamaran itu, saya tahu hakikatnya dia seorang janda dan ada
anak dua, so takkanlah saya main bantai, anak tak nak kan, jadi saya
terima semuanya,” katanya.
Pasangan mempelai ini telah selamat diijabkabulkan oleh Pegawai
Pendaftar Nikah Daerah Petaling, Suhaimi Ahmad Wakid pada pukul 10.30
pagi di Bangunan Sultan Idris, Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Shah
Alam.
Majlis pernikahan yang dijalankan dalam serba sederhana itu hanya dihadiri keluarga kedua-dua belah pihak dan wakil media.
Adam, 30, dan Fiza mula rapat pada pertengahan Julai lalu sebelum
Adam mengambil keputusan melamar Fiza pada pertemuan kedua mereka.
Majlis resepsi pasangan ini akan diadakan pada pertengah bulan Oktober ini di kampung halaman Adam di Inanam Laut, Sabah.
Berikut adalah beberapa keping gambar sekitar majlis akad nikah Adam - Fiza...