KAHERAH - Pendakwa raya Mesir telah merujuk Presiden Mohammed
Mursi untuk dibicarakan atas dakwaan membangkitkan semangat pembunuhan
penunjuk perasaan.
Dipetik BBC, tuduhan itu berkaitan dengan keganasan yang berlaku di luar istana presiden di Kaherah, Disember tahun lalu apabila sekurang-kurangnya tujuh terbunuh dalam pertempuran itu.
Sementara itu, 14 anggota Ikhwanul Muslimin lain turut berdepan tuduhan sama.
Bekas presiden Mesir itu telah ditahan di satu lokasi yang dirahsiakan sejak ditahan Julai lalu.
Beliau berdepan beberapa dakwaan tetapi ini yang pertama akan dibicarakan.
Namun tarikh perbicaraan masih belum diumumkan.
Berpuluh ribu penunjuk perasaan telah berhimpun di luar bangunan itu pada malam 4 Disember dan keesokannya untuk membantah Mursi yang mereka sifatkan memberi arahan yang menyalahi undang-undang juga mengubah Perlembagaan negara.
Menurut laporan media tempatan, siasatan yang dijalankan mendapati Mursi telah meminta Pengawal Republikan dan menteri bertanggungjawab atas polis untuk membubarkan penunjuk perasaan namun, mereka enggan mematuhi peraturan itu.
Pembantu Muris kemudiannya dikatakan telah memanggil penyokong mereka untuk mengendalikan penunjuk perasaan itu.
Penyokong Mursi berkata, mereka hanya mempertahankan istana presiden selepas diserang oleh aktivis pembangkang.
Dalam kejadian itu, tujuh terbunuh dan ratusan cedera.