Kecoh betul dibicarakan tentang "ribut taufan" yang kononnya melanda Padang Arafah dan sekitar Mina menjelang hari wuquf. Macam-macam spekulasi yang diceritakan tentang "ribut taufan" tu... biasalah...
Tapi betul ke semua cerita tu? Apa? Ribut tu menyebabkan lapangan terbang di Jeddah ditutup hingga menyebabkan banyak penerbangan jemaah ke Tanah Suci terkandas? Sampai ada yang dimaklumkan "terpaksa batalkan" haji tahun ni..? Biar betul..???
Kat bawah ni ada beberapa keping gambar "taufan" yang dikatakan "meranapkan" Arafah dan Mina. Sila tengok sendiri...
Dah tengok? Puas hati? Teruk sangat ke ribut tu sampai airport perlu ditutup? Tak payahlah dok melebih-lebih bila bercerita tu...
Sebenarnya, hanya hujan lebat sikit saja. Khemah-khemah yang runtuh tu sebenarnya belum siap pun. Maksud penulis, khemah tu hanya ada empat tiang, tapi tiang tengah belum dipasang. Malah khemah-khemah tu belum diikat pun..hanya dipacak tiang saja...
Bila macam tu keadaan khemah tu, maka senang la runtuh bila air hujan bertakung atas khemah. Kena tiup sikit pun dah boleh tumbang sebab belum diikat. Biasalah keadaan tu...
Khemah tu sebenarnya lebih kurang khemah kenduri kat tempat kita. Pernah ke khemah kenduri kita tu runtuh bila hujan lebat? Cuma khemah kat Arafah dan Mina tu lebih hebat...siap ada aircond di setiap khemah! Hebat, kan?
Jadi, tak payah percaya sangat la "temberang auta" yang cerita perkara bukan-bukan pasal insiden hujan lebat di lokasi-lokasi Masya'ir tu. Tanah Suci ni Allah yang punya, tahulah Dia memuliakan tetamu-tetamuNya yang datang bertandang beribadah padaNya..kan?
Jangan risau. Insyaallah kami semua dipelihara Allah SWT disini. Kalau ajal kami di Makkah, maka penulis yakin Izrail takkan lewatkan sedetik pun saat kematian tu walau kami di dalam Kaabah sekali pun. Jadi, berserah, redha dan mohonlah segala ibadah kami lancar serta mabrur disisinya..
Pada penulis, doakan seluruh jemaah haji kat sini supaya dikurnia haji yang mabrur lebih mulia dan berfaedah berbanding "buat cerita" tak betul, reka-reka cerita dan sebagainya, kan? Wallahu'alam...