Datuk Jamil Khir melawat kaunter Khidmat Pelanggan Tabung Haji... petugas rasa dihargai... |
Selalunya selepas solat Dhuha, penulis akan berada di sekitar kediaman jemaah di hotel Abraj Janadriah. Kadang-kadang singgah sarapan sedikit atau meneguk segelas "laban" sementara menunggu waktu Zohor.
Kira-kira jam 10.30 pagi, penulis terlihat kelibat Menteri di JPM, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan isterinya di kediaman kami di sini. Apa lagi? Penulis pun jadi "penyebok"lah, mengekori Datuk Seri Jamil Khir melawat jemaah haji...
Mula-mula beliau masuk ke Kaunter Khidmat Pelanggan. Kata Ketua Rombongan Jemaah Haji Malaysia, Datuk Syed Salleh, kat kaunter tu la jemaah boleh apply "bilik berkat" untuk "suami isteri" lepas selesai haji nanti.. ketawa besar Datuk Jamil dibuatnya.. faham dengan jenaka tersebut..
Datuk Jamil beramah mesra dengan seorang makcik yang mengeluarkan wang dari kaunter kewangan Tabung Haji... |
Kemudian, Menteri di JPM tu singgah sekejap di farmasi dan kauter kewangan Tabung Haji. Kat situ memang sebok. Tiap kali bukak, ramai jemaah haji yang serbu untuk urusan keluar wang, bayar dam, bayar harga qurban dan sebagainya...
Datuk Jamil dan isteri teruskan ziarah. Beliau naik ke tingkat atas pulak, ke Klinik Kecemasan Al-Janadriah. Kat situ, beliau menziarahi beberapa jemaah haji kita di dalam wad. Selain mendoakan kesihatan mereka kembali pulih, Datuk Jamil ada hulurkan sedikit buah-buahan untuk jemaah tu...
setiap mu'assasah jemaah haji ada klinik masing-masing.. thanks Tabung Haji... |
Datin Seri melawat pesakit perempuan... jemaah dari Terengganu kalau tak silap penulis... |
Pakcik ni memang steady.. jemaah dari Gua Musang, Kelantan... sakit pun nampak ceria... |
Lupa pulak.. sebelum naik ke Klinik Kecemasan tu, Datuk Jamil singgah sekejap kat kafeteria.. ada roti boom..! Roti canai pun ada...tukang tebar Penang mari punyaaaa... |
Rupanya dah dekat zohor dah. Kat Makkah ni waktu zohor awal kira-kira jam 12 tengahari. Datuk Jamil dan isteri terus ke surau di tingkat P. Kemudian beliau sendiri imamkan solat zohor di situ. Siapa cakap Menteri tak mampu jadi imam solat?
Solat zohor berjemaah di tingkat P Abraj Janadriah... |
Lepas solat zohor, perut penulis dah berkeroncong. Makan tengahari kari kepala ikan. Naik ke bilik untuk berehat sebentar. Insyaallah, malam ni penulis ke Masjidil Haram lagi...