|
"Funduq" Janadriah yang menjadi ibu pejabat Tabung Haji di Kota Suci Makkah Al-Mukarramah |
Ramai umat Islam di Malaysia yang menghubungi penulis melalui laman Facebook. Ada juga yang emel bertanyakan keadaan penginapan dan kemudahan penulis serta jemaah haji yang lain. Ada yang mahu penulis bercerita mengenainya...
Sebenarnya, penulis berada di "Funduq" (Hotel) Janadriah yang terletak kira-kira 900 meter dari Masjidil Haram. Hotel tu merupakan ibu pejabat operasi Lembaga Tabung Haji. Jarak tersebut adalah antara yang terdekat dengan rumah Allah berbanding hotel lain...
Sebelum ini, terdapat hotel-hotel kecil dan bazar-bazar jualan di sekitar Masjidil Haram. Namun semuanya telah dirobohkan kerajaan Arab Saudi bagi menambah baik dan memperluas perkarangan Masjidil Haram demi kepentingan ibadah jutaan jemaah haji setiap tahun.
Apa yang ada di ibu pejabat Tabung Haji di "funduq" Janadriah ni? Macam-macam adaaaa.... Malah boleh dikatakan hampir semua keperluan jemaah haji boleh diperoleh dengan mudah di ibu pejabat tersebut...
|
Pusat Khidmat Pelanggan untuk para jemaah Tabung Haji... menjadi tumpuan para jemaah di sini setiap hari... |
|
Cuba tengok kat dinding-dinding hotel ni..dilekatkan pelbagai poster dan makalah informasi tentang ibadah haji untuk kemudahan para jemaah... pandai betul Tabung Haji meng"ikram" da n membantu"dhuyufurrahman"... |
|
Mana-mana petugas Tabung Haji cukup mesra...tak cukup di kaunter, kat lobby pun depa sedia bantu jemaah... syukran Alhamdulillah... |
|
Ni gambar di sebelah kanan luar pintu hotel.. meriah, kan? Macam pekan "nat" pun ada... macam pasar hari pun ada... macam pasar tani pun ada... macam pasar malam pun ada... janji ada "fulus"lah.... |
|
Ni pulak di sebelah kiri pintu hotel... Macam-macam barang dijual. Sejadah, telekung, jubah, serban, tudung, seluar panjang, karpet, stoking, pakaian ihram...ishhh.. Macam-macam lahhh..! |
|
Kedai ni adalah antara tumpuan jemaah haji... kedai 2 riyal. Macam-macam jual kat sini. Dari baldi nak basuh baju tu.. sampai la tasbih manik, sabun mandi, dan sebagainya... lebih kurang macam kedai RM2 kat tempat kita jugak laaa... |
|
Ni informasi dalam bentuk interaktif yang disediakan Tabung Haji untuk panduan seluruh jemaah haji Malaysia... di update setiap hari mengikut keadaan terkini.. kat sini kita boleh tah sama ada Masjidil Haram sesak atau kurang sedikit orangnya.. tapi sekarang ni lagi 8 hari nak wukuf, maka memang sentiasa sesak laaa... pukul 3 pagi pun masih sesak lagi... |
|
Tabung Haji ada sediakan farmasi kat hotel Janadriah ni.. jadi jangan risau tentang kesihatan mak ayah, sanak saudara kita di sini... insyaallah dalam peliharaan Allah SWT... sebelah tu ada kaunter kewangan.. kat situ tempat urusan keluar duit jemaah dan sebagainya... kaunter tu juga menguruskan pembayaran dam, ibadah qurban dan sebagainya melalui debit terus dari akaun Tabung Haji kita... mudah dan tak perlu la pegang duit banyak-banyak.. nanti "hilang" pulak duit tu dihabiskan membeli belah di kedai pak-pak arab di sini....heheheee.. |
|
Ini adalah antara "booth" paling hot di ibu pejabat Tabung Haji.. kaunter POS Malaysia.. Kat sini mereka sediakan khidmat penghantaran pulang air zam-zam (10 liter = 115 riyal), kurma, dan macam-macam lagi barang yang dibeli para jemaah untuk dihantar ke Malaysia... insyaallah semuanya akan tiba di depan pintu rumah anda..! |
|
Opsss... siapa kata kat Makkah ni tak boleh call Malaysia? TM ada bukak kauter kat sini... boleh guna handset TM untuk call saudara mara di Malaysia dengan kadar yang agak rendah.. nak beli sim kad untuk handset pun ada dijual di sini.. sim kad Arab Saudi laa..paling famous ialah Mobily dan STC... |
|
Nah..! Nak rasa kurma jenis apa? Ajwa'? Buah tin, zaitun? Kacang "cerdik"? Cakap apa saja.. kedai budak Arab ni boleh bantu... asalkan ada "fulus" la...kan? Tapi tak la mahal sangat...beli jer terus boleh pos ke Malaysia guna pos laju kat sini... mudah... |
|
Perkhidmatan dobi pun ada... nak basuh jubah, serban, telekung, kain ihram, t-shirt, kain pelikat, seluar dalam? Semua boleh... sehelai RM6 untuk pakaian standard.. untuk pakaian "kecik" setengah harga, RM3...tapi 2 hari baru boleh siap..maklumlah.. ramai sangat jemaah... |
|
Haji ni baru saja collect jubah kurta yang ditempah kat kaunter tempahan pakaian ni.. baju tu berharga 130 riyal.. lebih kurang RM120... sehelai jubah standard berharga 150 riyal.. kalau nak jubah berfesyen harga 200 riyal...tapi kalau tak silap penulis, siapa yang nak tempah kena bawak baju contoh... hmmmmm... nak? |
|
Dua orang Haji ni tengah "nego" harga kufiah tu... boleh ditawar lagi tu... |
|
Haaa... yang ni kaunter minyak atar.. bukan minyak "tar" buat jalan tu... Antara favourite spot Haji dan Hajjah di Janadriah ni... wanginya subhanallah... macam-macam nama ada... cuba try...hehehhhhhh.... |
Hotel ni mampu menempatkan seramai lebih 8,000 jemaah dalam satu masa. Sebuah bilik biasanya dihuni dalam lingkungan 4 hingga 7 jemaah haji, bergantung pada keluasan bilik. Niat untuk datang beribadah di rumah Allah, kemudahan yang disediakan Tabung Haji tu cukup selesa bagi penulis...
Bilik tersebut hanyalah dijadikan tempat untuk berehat, tidur, mandi, tukar pakaian dan melakukan aktiviti peribadi sahaja. Kebanyakkan masa jemaah dan penulis dihabiskan di Masjidil Haram dalam mencari keredhaan Allah dan "maghfirah" dan hidayahNya...
Alhamdulillah, tiada sebarang masalah bagi penulis di sepanjang berada di Tanah Haram ini dan penulis harap keadaan tersebut akan kekal dan bertambah baik sepanjang proses penulis menunaikan ibadah rukun Islam ke-5 ini...doa-doakanlah penulis dan para jemaah di sini, insyaallah.