EKSKLUSIF dari Makkah: Bila Jamil Khir bertawaf dan bersa'ei...

Semalam penulis ke Masjidil Haram. Dalam perjalanan ke Baitullah tu, penulis terserempak dengan beberapa petugas Tabung Haji yang menuju ke arah yang sama. Kami beriringan bersama...

Kata petugas Tabung Haji itu, dia dalam perjalanan menyambut ketibaan Menteri di JPM, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan isterinya yang akan bersama jemaah menunaikan ibadah haji pada musim 1434 Hijrah ni...

Datuk Jamil Khir? "Boleh saya ikut?" tanya penulis pada petugas Tabung Haji tu. "Boleh.. apa salahnya? Jom.." katanya membenarkan saya "menyebokkan diri"...Maklumlah, saya diberitahu Datuk Jamil akan bertawaf dan bersa'ei malam tu... bukan senang nak bertawaf dengan Menteri, kan?

Lagipun, dengar kawan-kawan di tanahair kata, Menteri diberikkan keistimewaan oleh kerajaan Saudi ketika mengerjakan tawaf dan sa'ei.. kononnya mereka akan dikawal ketat, diberikan jalan dan tidak perlu bersesak-sesak dengan jemaah lain... betul la tu, kot?

Penulis sama-sama mengiringi Datuk Jamil Khir malam tu. Bermula masuk ke Masjidil Haram, beliau terus menuju ke Kaabah untuk bertawaf. Peliknya, kenapa pulak tak ada pun "keistimewaan" yang diceritakan rakan-rakan di tanahair tu?


Datuk Jamil dan isterinya tidak diberi sebarang keistimewaan pun oleh pihak berkuasa Saudi. Rasanya jemaah yang lain pun tak tahu Datuk Jamil Khir tu bertaraf Menteri bagi sebuah negara. Beliau juga terpaksa menempuh ibadah tawaf sebagaimana jemaah yang lain...

Datuk Jamil Khir hanya dikawal bantu oleh pengawal keselamatan Tabung Haji, dan bukan pihak berkuasa Saudi. Pun begitu, mereka turut bersesak-sesak ketika bertawaf. Dan begitu juga suasananya ketika bersa'ei...

Pada saya, itu membuktikan bahawa cerita-cerita dari rakan-rakan di tanahair itu sekadar rekaan semata-mata dan tidak benar sama sekali. Tak elok betul la sikap macam tu. Dah terbukti salah cerita tu.. bila dah tak benar, boleh ke kita kategorikan sebagai fitnah atau syubhah?

Penulis selesai menamatkan tawaf sunat sebanyak 7 pusingan. Datuk Jamil Khir meneruskan umrahnya di ruang sa'ei, Safa dan Marwah. Manakala penulis mencari sudut di Masjidil Haram untuk berehat sambil meneguk air zam-zam sebelum membuka kitabullah mengalunkan Al-Quran menanti subuh...