EKSKLUSIF dari Makkah: Jom tengok Arafah sebelum Wuquf...Ing

Pertama kali di Arafah...apa khabar Arafah?
Menjelang hari wukuf di Arafah pada 14 Zulhijjah nanti, penulis yakin ramai para jemaah haji dari Malaysia yang berdebar-debar menanti hari ujian sebenar ibadah haji itu. Dari itu, ramai di kalangan kami yang membuat persediaan awal menjelang detik ibadah haji "sebenar" tersebut...

Kami fikir, hanya jemaah haji saja yang melakukan persiapan menjelang hari wukuf. Namun pihak Tabung Haji sebenarnya lebih "kalut" melakukan persiapan rapi menjelang hari besar bagi seluruh jemaah itu...

Maklumlah, Tabung Haji perlu menyediakan perkhidmatan terbaik bagi "dhuyufurrahman" (tetamu-tetamu Allah) di sini, bukan? Sudah tentu mereka sedaya mungkin mengelak sebarang ketidak selesaan pada puluhan ribu tetamu Allah dari Malaysia...

Semalam penulis berkesempatan mengikut sahabat penulis yang bertugas di sini. Katanya, Ketua Rombongan Jemaah Haji Malaysia, Datuk Salleh akan melakukan tinjauan persiapan operasi ibadah Masya'ir nanti. Penulis pun ikut "menyebokkan" diri...
Datuk Syed Salleh menyalurkan informasi rasmi di Arafah.. 92% dah siap.. sehari dua nanti dijangka siap sepenuhnya, insyaallah...
Kami bergerak ke Arafah dengan menaiki kenderaan. Suhu dianggarkan melebihi 41C.. memang panas! Mujurlah kenderaan kami ada aircond...

Tiba di Arafah. Itulah pertama kali penulis ke lokasi yang menjadi pertemuan Adam dan Hawa alaihimassalam setelah dibuang dari Syurga. Menurut sesetengah ulama, padang Arafah itulah juga yang dikatakan mejadi lokasi "hari penentuan" kelak...
Ni la salah satu lokasi khemah jemaah haji Malaysia...

Ingatkan pokok kurma... bukan... tapi cukup baik untuk berteduh sambil berdoa...

Sikit je lagi nak siap...
Meskipun cuaca panas dan berada di padang yang luas, kelihatan beberapa pohon yang ditanam dan tumbuh subur disekitarnya. Mungkin kawasan tersebut ditakdirkan Allah untuk subur buat tumbuh-tumbuhan yang akan "menyejukkan" sedikit para tetamuNya di Arafah itu nanti...

Khemah-khemah untuk para jemaah haji Malaysia sedang didirikan oleh pekerja-pekerja. Insyaallah, segalanya akan sempurna sehari dua sebelum hari wuquf kelak...
 
Tandas yang akan menjadi "rebutan" ketika bermalam di Arafah nanti...

Jom kita jengok sikit keadaannya... yang ni belum dibasuh lagi...bila dibasuh maka akan jadi bersih la...

"demo" mendirikan khemah oleh pekerja Saudi....

Salah sebuah kawasan khemah jemaah haji Malaysia... maktab 94...

Arafah tamat di sini... ni sempadan Arafah sebelum jemaah haji masuk ke Muzdalifah untuk bermabit dan kutip anak-anak batu... nak melontar Jamrah-Jamrah nanti...kan?