Kita tengok pula keadaan awal di Muzdalifah... |
Seterusnya, perjalanan kami diteruskan meninjau Muzdalifah yang menjadi lokasi jutaan jemaah haji ber"mabit" dan mengutip anak-anak batu...Muzdalifah terletak di sebelah Padang Arafah. Maksudnya, selepas bergerak keluar dari Arafah, kita akan terus masuk ke sempadan Muzdalifah.
Ber"mabit" tu maksudnya singgah bermalam di Muzdalifah. Tak perlu pun bermalam di Muzdalifah sebenarnya, cukup hanya berada sedetik di kawasan Muzdalifah dalam tempoh kira-kira jam 11.30 malam hingga sebelum subuh...
Maksudnya, jemaah haji akan bergerak masuk ke Muzdalifah bermula jam 11.30 malam, kutip anak-anak batu di situ dan kemudiaannya akan meneruskan perjalanan ke Mina untuk bermalam di sana...
Tandas baru disediakan oleh Kerajaan Arab Saudi... sekali lagi tandas menjadi "rebutan" selain anak-anak batu di Muzdalifah... |
Bagi jemaah haji Malaysia, kawasan kami mengutip batu di sini berada di dalam kawasan yang berpagar. Kenapa berpagar? Ia adalah untuk memudahkan proses mengutip batu secara bergilir-gilir dengan jemaah haji yang lain sebelum dibawa ke Mina...
Mengutip anak-anak batu bagi tujuan melontar di ketiga-tiga Jamrah tu sebenarnya hanya amalan sunnah. Sunat hukumnya. Kita dibolehkan mengutip batu di lokasi lain untuk tujuan melontar.
Tandas asal berada di sebelah kanan tandas baru 2 tingkat... |
Menurut ustaz Shihabudin dari Tabung Haji, mengutip batu di Muzdalifah itu adalah mengikut sunnah Rasulullah SAW yang mencontohi sejarah Nabi Allah, Ibrahim AS, yang mengutip batu di kawasan itu untuk dilontar pada Syaitan yang cuba mengganggu baginda menunaikan perintah Allah SWT untuk mnyembelih anaknya, Nabi Ismail AS...
Simbolik dari itulah umat Islam disunatkan mengutip batu di Muzdalifah. Indahnya Islam..kan? Penuh hikmah dan sejarah agung...
Selepas singgah di Muzdalifah, kami akan meneruskan tinjauan awal di Mina pulak...insyaallah...