Ini bukan "signboard" KedahNews.com, ni signboard pusat urusetia yang memantau perjalanan bermalam di Mina yang diuruskan oleh Kementerian Haji... |
Alhamdulillah, selesai meninjau di Arafah dan Muzdalifah, penulis dibawa oleh petugas Tabung Haji bersama meninjau di Mina, sebuah kawasan yang menjadi hentian paling lama dalam proses Masya'ir, mengejar haji yang mabrur di sisi Allah SWT...
Tiba di Mina, penulis sangat takjub dengan keadaan dan persiapan rapi di tapak terbesar perhimpunan umat Islam tu. Khemahnya bagai sejauh mata memandang. Pusing kanan, pusing kiri, pusing depan, pusing belakang, semuanya khemah para tetamu Allah belaka...
Berlatar belakangkan bukit-bukau berbatu, kami para jemaah haji akan bermalam di Mina selama 3 malam dan empat hari di Mina. Khabarnya, di sinilah dugaan paling besar yang bakal dihadapi oleh para jemaah haji...
Antara khemah jemaah haji Malaysia berlatar belakang bukit-bukau berbatu... ada arah qiblat... |
Ni baru sikit saja ni... kat keliling penulis semuanya khemah jemaah haji seluruh dunia...subhanallah... |
Sejauh mata memandang...lebih 2 juta jemaah haji.... |
Di sini, para jemaah haji dinasihat supaya banyak bersabar dalam apa jua keadaan. Keadaan cuaca yang panas di luar khemah, tandas yang terhad dan pelbagai kerenah jemaah yang lain merupakan antara cabaran terbesar di Mina selain dari sakit demam yang biasa berlaku di sini...
Semasa berada di Mina, para jemaah haji akan melakukan amalan melontar di ketiga-tiga Jamrah, Jamrah Sughra, Wusta dan Kubra (Aqabah), yang menjadi sebahagian dari perkara wajib haji. Untuk pengetahuan, lokasi melontar ni sebenarnya dah jadi 3 tingkat berbanding dulu yang hanya setingkat dan terpaksa berasak-asak sesama jemaah...
Ni gambar dalam dalam khemah jemaah haji... ada aircond..ada dapat "toto" untuk lapik tidur... insyaallah selesa... |
"Chef" Tabung Haji punya "markaz" di Mina..semuanya hampir lengkap.. Alhamdulillah... |
Water Dispenser pun tersedia di sini untuk jemaah haji... alhamdulillah... semoga dipermudahkan ibadah...insyaallah... |
Dulu, untuk melontar di ketiga-tiga jamrah, jemaah perlu bertembung antara satu sama lain disebabkan sistem 2 hala (pergi dan balik menggunakan jalan yang sama). Kini, dah jadi "one way". Insyaallah, sistem itu tidak lagi akan menyebabkan jemaah berasak-asak lagi...
Untuk makluman, perjalanan dari khemah jemaah haji Malaysia ke Kompleks Jamarat jaraknya lebih dari 6 kilometer. Maksudnya, kami akan berjalan kaki sejauh lebih 12 kilometer setiap hari untuk melontar di Jamrah-Jamrah tu..insyaallah...
Jadi, mohon umat Islam di Malaysia doakan kami supaya dikurniakan kekuatan, kesihatan yang baik, kaki yang kuat dan tidak sakit, serta semangat yang kuat sepanjang menjalani ibadah haji ni. Besar ujian kali ini.. Ya Allah.. bantulah hamba-hamba Mu ini...
Selain tu, terowong Mu'aisim yang menembusi dua buah bukit pun sudah siap dibina. Lebih melegakan, "walkaltor" pun insyaallah boleh digunakan sepenuhnya pada musim haji kali ini. Ia adalah berita baik bagi golongan kurang upaya dan warga emas.. Alhamdulillah....
Inilah terowong Mu'aisim.. terowong sehala menembusi 2 bukit yang akan membawa jemaah terus ke Kompleks Jamarat, lokasi terletaknya ketiga-tiga jamrah.... |
Jangan ikut terowong ni..terowong ni bukan menuju ke Jamrah... tapi menuju ke pusat penyembelihan haiwan untuk ibadah qurban yang terletak kira-kira 13 kilometer dari khemah jemaah di Mina... |
Ya... inilah Kompleks Jamarat... pintu masuk bagi ketiga-tiga jamrah...Sughra, Wusta dan Kubra...ingat ya.. sekarang ni dah jadi "one way"... masuk ikut sini dan keluar ikut jalan lain... |
Ya... lepas proses melontar selesai... jemaah haji akan pulang ke Mina melalui terowong ni pulak... |
Dari kiri...Jamrah Sughra, Wusta dan Kubra (Aqabah)... 3 tingkat semuanya... one way... alhamdulillah... masalahah melontar semakin baik selepas ini.... |
Nampak tak jambatan kat area bukit tu...jemaah haji akan lalu ikut situ setelah selesai melontar ketiga-tiga jamrah..kira buat U-turn kat area Jamrah-Jamrah tu la... |
Insyaaallah, kami akan berada di Mina dengan hati yang tawadhuq, zuhud dan sabar. Mencari keredahaan Allah bukannya mudah bagi kami para jemaah haji yang sebelum ini banyak melakukan dosa, khususnya pada Allah SWT.. semoga Allah menerima taubat dan ibadah kami...
Insyaallah, kami akan mendoakan sanak saudara dan seluruh umat Islam di Malaysia supaya berpeluang untuk menunaikan ibadah haji pada musim-musim yang akan datang. Sambil itu, doa-doakanla kami supaya dihadiahkan haji yang mabrur di sini..insyaallah..
Terima kasih penulis ucapkan pada para pegawai bertugas dari Tabung Haji yang sudi bawa "ana" untuk meninjau seluruh perjalanan ibadah Masya'ir para jemaah haji kali ini. Bukan apa.. dengan tinjauan awal ni, barulah penulis dapat lihat sendiri perjalanan Masya'ir secara praktikal...
Syukran...jazakAllahu khairan kathiran...