Syiekh Dr. Soleh As-Sho'iyybi.. pegang anak kunci Kaabah sejak 3 tahun dulu hingga sekarang... |
Bila berada di bumi
Makkah Al-Mukarramah ni, dah tentulah banyak sejarah yang kita nak gali dari
kampung asal Rasulullah SAW ni, kan? Sebenarnya, salah seorang sahabat penulis
sangat bertuah kerana dapat bertemu dengan Pemegang Amanah Kunci Kaabah,
As-Syiekh Dr. Soleh As-So'iyybi.
Lebih menarik,
sahabat tersebut dijemput ke rumah Syiekh Dr. Soleh dan beliau bercerita
panjang lebar tentang sejarah keturunannya yang memegang amanah penyimpan kunci
Baitullah Al-Ateeq tu. Teruja betul nak tahu ceritanya, kan?
Kata Dr. Soleh,
amanah terhadap keluarganya itu dipegang sejak sebelum zaman kedatangan Islam
lagi. Sejak di zaman nenek moyangnya, Qusai ibnu Kilab, keluarganya ditugaskan
memegang amanah tersebut dan begitu komited dengan tugas yang diberikan.
Sejarahnya, Qusai
mempunyai 4 orang anak, Abdul Dar, Abdul Manaf, Abdul Uzza dan Abdul Syam.
Qusai merupakan pemegang kunci Kaabah yang pertama. Setiap musim sejuk atau
panas, semua anak-anak Qusai akan keluar dari Kota Makkah untuk berniaga,
kecuali Abdul Dar.
Jadi, memandangkan
Abdul Dar ni tak pernah keluar dari Kota Mekah, maka seluruh keluarga Qusai
sepakat untuk melantiknya sebagai pemegang kunci Kaabah. Bila Abdul Dar
menerima amanah tu, maka dia memberitahu pada anak-anaknya bahawa amanah tu
adalah penghormatan besar yang perlu dijaga.
Maka sejak itulah
Abdul Dar pegang kunci Kaabah dan hal ehwal kebajikannya.
Bila Qusai
meninggal dunia, adik beradik Abdul Dar mengatakan bahawa beliau telah
mengambil semua penghormatan yang ditinggalkan ayah mereka.
Anak kunci pintu taubah di dalam Kaabah, juga diperbuat dari emas tulin... |
Dengan itu Abdul Dar berkata pada mereka bahawa beliau
akan menyerahkan semua penghormatan keluarga pada adik beradiknya, kecuali
amanah memegang kunci pintu Kaabah. Dan
sejak detik itulah keluarga Abdul Dar menggalas amanah sebagai penyimpan kunci
pintu Kaabah sehingga saat ini.
Katanya, Rasulullah
SAW pernah bersabda sambil memegang pintu Kaabah bahawa amanah memegang kunci
Kaabah diberikan pada Bani Sya’ibah. Ditakdirkan Allah, kemudiannya turun wahyu
(surah An-Nisa) pada Rasulullah SAW di dalam Kaabah, yang menyebut tentang
amanah yang patut diberikan kepada yang “ahli” (yang berhak).
Berdasarkan firman
Allah tersebut, kebanyakkan pentafsir Al-Quran menyatakan bahawa hanya wahyu
itu saja dari surah An-Nisa yang turun di Makkah, manakala baki ayatnya yang
lain turun di Madinah Al-Munawwarah.
Selain itu,
pentafsir Al-Quran dari Makkah pula menyatakan bahawa turunnya ayat berkenaan
mempunyai hubung kait yang amat rapat berkenaan penyerahan amanah anak kunci
Kaabah itu pada Bani Sya’ibah.
Beliau bercerita,
Rasulullah SAW bersabda pada Uthman Ibnu Thalhah, mahfumnya baginda mahu
datuknya itu menggalas amanah memegang anak kunci Kaabah itu sehingga hari
kiamat dan jika ada mana-mana pihak yang cuba merampas hak tersebut
sesungguhnya dia adalah di pihak yang zalim...
Tambahan pula
Rasulullah SAW bersabda pada Uthman ibnu Thalhah bahawa Allah telah
mengamanahkan tanggungjawab yang sangat besar padanya dan dia perlu tunaikan
tanggungjawab tersebut sebaik-baiknya.
Menurut Dr. Saleh,
Uthman merupakan ketua tertua (waris) keluarga Bani Sya’ibah ketika itu dan
pemegang kunci Kaabah selepas itu dipilih berdasarkan kedudukan yang sulong
(pertama dalam keluarga) mengikut generasi.
Katanya, sejak itu
maka Bani Sya’ibah memegang amanah tersebut dari zaman Khulafa’ Ar-Rashidin,
Kerajaan Bani Umaiyyah, Kerajaan Abbasiyyah, Kerajaan Uthmaniyyah sehinggalah
ke zaman Kerajaan Saudi Arabiyyah kira-kira lebih 1,700 tahun yang lalu.
Malah menurutnya,
tiada seorang pun cuba mengambil alih amanah Rasulullah SAW tersebut dari Bani
Sya’ibah.
Kata Dr. Saleh
lagi, selepas beliau meninggal dunia, amanah memegang kunci Kaabah akan
diserahkan pada anak saudaranya memandangkan anak-anaknya lebih muda berbanding
anak saudaranya.
Beliau merupakan generasi yang kelima dari Bani Sya’ibah dan memegang kunci Kaabah selama 3 tahun sehingga kini.
Dr. Saleh menjelaskan bahawa kunci Kaabah akan ditukar sekiranya rosak di atas kebenaran yang diberikan oleh Raja Arab Saudi, Al-Malik Abdullah.
Misalnya, di era pemerintahan Raja Khalid, pintu Kaabah pernah ditukar sepenuhnya, termasuk kuncinya yang diperbuat dari emas tulin seberat 280 kg. Kunci-kunci sebelumnya yang telah ditukar selalunya akan dipamerkan di muzium bagi dipertontonkan pada umum.
Cukup dulu penulis ceritakan tentang Bani Sya’ibah yang diamanahkan sebagai Pemegang kunci Kaabah yang menjadi qiblat bagi semua umat Islam di seluruh dunia. Semoga Allah SWT merahmati pemegang amanah rumahNya hingga ke akhirnya... insyaallah.
Beliau merupakan generasi yang kelima dari Bani Sya’ibah dan memegang kunci Kaabah selama 3 tahun sehingga kini.
Dr. Saleh menjelaskan bahawa kunci Kaabah akan ditukar sekiranya rosak di atas kebenaran yang diberikan oleh Raja Arab Saudi, Al-Malik Abdullah.
Misalnya, di era pemerintahan Raja Khalid, pintu Kaabah pernah ditukar sepenuhnya, termasuk kuncinya yang diperbuat dari emas tulin seberat 280 kg. Kunci-kunci sebelumnya yang telah ditukar selalunya akan dipamerkan di muzium bagi dipertontonkan pada umum.
Cukup dulu penulis ceritakan tentang Bani Sya’ibah yang diamanahkan sebagai Pemegang kunci Kaabah yang menjadi qiblat bagi semua umat Islam di seluruh dunia. Semoga Allah SWT merahmati pemegang amanah rumahNya hingga ke akhirnya... insyaallah.