 |
Para jemaah mulakan langkah pertama ke Baitul Ateeq... |
Berikut adalah beberapa keping gambar-gambar EKSKLUSIF perjalanan jurnalis KedahNews.com ke Kota Suci Makkah Al-Mukarramah bagi menunaikan ibadah haji, rukun Islam ke-5.
Banyak lagi gambar-gambar yang akan dipaparkan mengikut siri perjalanan "Route to Baitul Ateeq" dan akan disiarkan secara langsung dari Baitullah Al-Haram.
Saksikan keadaan terkini perjalanan sunnah dan rukun tuntutan Islam, ibadah haji 1434 Hijrah dari portal KedahNews.com...
 |
Kakitangan Lembaga Tabung Haji tidak putus-putus membantu para tetamu Allah.. syabas! |
 |
Ahli keluarga dan sahabat handai yang turut mengiringi para jemaah... |
 |
Kami tekun mendengar taklimat, berzikir dan berdoa agar dikurniakan haji yang mabrur.. terima kasih Tabung Haji yang banyak memberi panduan dan sokongan... jazakumullah khairan kathira... |
 |
Para petugas Tabung Haji mendoakan haji yang mabrur pada seluruh jemaah haji dan kelihatan bas yang akan membawa jemaah ke KLIA... |
 |
Ini bukan pesawat yang membawa jemaah... cuma saiz dan model yang sama dari Saudi Arabia Airlines yang membawa kami ke rumah Allah... |
 |
Penulis dan rakan-rakan jemaah tiba di KLIA... teruja tak sabar-sabar mahu menyerahkan diri padaNya... semoga ibadah kami diterima Allah sesempurna haji pertama Rasulullah SAW dan para sahabat RA... |
 |
Sabar menanti..tak sampai 1/2 jam... kami diarahkan masuk ke perut kapal terbang... memang terbaik.. selamat tinggal Malaysia... selamat tinggal semua.. Ya Baitullah...nantikan kedatangan kami... |