Para petugas POS Malaysia sebok menguruskan kiriman jemaah haji Malaysia ke tanahair... |
Bagi mengubat rindu dihati, penulis menatap gambar anak isteri yang dirakam kali terakhir sebelum berangkat ke Baitullah Al-Haram ni...
Bila dah teringat tu, penulis pun keluar mencari "buah tangan" untuk mereka.
Seperti biasa, penulis mendahulukan ibu, ibu mertua dan ayah mertua. Kemudian barulah dibeli untuk isteri dan anak-anak...
Kemudian, penulis agak bimbang jika terlalu banyak barang yang terpaksa dibawa pulang ke Malaysia.
Bukan apa, risau terlebih berat bila barang-barang tu ditimbang masa nak naik kapal terbang...terpaksa pulak nanti kena bayar "extra"...mahal pulak tu...
Kebetulan, Tabung Haji ada bawak POS Malaysia bersama untuk kemudahan para jemaah haji maka penulis terus ke kaunternya untuj proses penghantaran...
Rupanya, POS Malaysia kat sini guna mata wang Riyal Saudi. Mereka juga sediakan kotak berharga RS10 dan sebagainya mengikut saiz...
Penulis dibantu sepenuhnya oleh kakitangan POS Malaysia. Hanya bawak barang ke kaunter, depa yang masukkan barang dalam kotak, tutup kotak depan kita, seal dengan tape..kemas!
Memang terbaik khidmat POS Malaysia kat sini...
Kalau ikut timbangan, sekilo harganya RS14. Tadi barang penulis semuanya lebih kurang 6.4 kg. Jadi penulis kena bayar RS90...
Selain dari hantar barang, POS Malaysia pun ada sediakan khidmat penghantaran air zam-zam ke depan rumah kita dengan charge minimum semurah RS115 jer..
Menurut staff bertugas, depa dah hantar beribu-ribu botol air zam-zam 10 liter tu ke pintu rumah para jemaah haji sejak berada di Tanah Suci awal bulan hari tu...
Tahniah dan syabas pada Tabung Haji yang membawa POS Malaysia untuk memudahkan lebih 20,000 jemaah haji Malaysia kat sini...
Tahniah jugak pada POS Malaysia atas susah payah memberikan kemudahan dan perkhidmatan sampai di Tanah Suci Makkah ni...
Alhamdulillah.. sekurang-kurangnya terubat jugak rasa rindu hati ni bila dapat hantar cenderahati dari kampung halaman Rasulullah SAW ni...