Penulis puji Tabung Haji hari ni. Tak boleh nak dinafikan lagi Tabung Haji dan seluruh petugasnya membuktikan mereka adalah yang terbaik dalam pengurusan jemaah haji di Malaysia, memang reliable dan berbaloi datang melalui khidmat Tabung Haji.
Nak tahu kenapa?
Sebab semalam Tabung Haji dah cipta rekod baru dalam sejarah perkhidmatannya. Bukan setakat meraikan Jubli Emas baru-baru ni, Tabung Haji buat pertama kali berjaya membawa seluruh jemaah haji ke Arafah dalam masa sehari saja!
Sebelum-sebelum ni, selalunya Tabung Haji mengambil masa lebih sehari untuk membawa lebih 20,000 jemaah haji ke Arafah.
Maksudnya, Tabung Haji selalunya bawa semua jemaah ke Arafah bermula pada 8 Zulhijjah dan jemaah terakhir selalunya tiba awal pagi atau petang 9 Zulhijjah (hari Wuquf), di mana keadaan tersebut agak memenatkan jemaah yang terlibat.
Tapi semalam, Tabung Haji berjaya membawa semua jemaah kita ke Arafah pada hari yang sama (8 Zulhijjah) di mana jemaah terakhir tiba di lokasi khemah wuquf pada jam 11 malam.
Bayangkan, bukan mudah nak bawa lebih 20,000 jemaah yang terdiri dari golongan warga emas, kurang upaya dan sebagainya. Alhamdulillah, semuanya selamat tiba di Arafah tanpa sebarang masalah.
Ini membawa maksud bahawa kami jemaah haji pada musim 1434 Hijrah ini sempat berehat di khemah masing-masing sambil menunggu waktu Wuquf esok dalam keadaan tenang dan bertenaga.
Maklumlah, di Arafah ni cuacanya panas mencecah hampir 45C dan tentunya kami memerlukan rehat yang cukup. Dalam ertikata lain, kami boleh tumpukan perhatian pada ibadah Wuquf secukupnya petang ni lepas gelincir matahari...kan?
Subhanallah! Maha Suci Allah segala puji-pujian padaNya yang melancarkan perjalanan ibadah kami di kampung asal Rasulullah SAW ni... semuanya dari Allah dan disempurnakan dengan baik oleh Tabung Haji. Syukur pada Allah dan syabas Tabung Haji diatas kejayaan melaksanakan tanggungjawab yang Allah amanahkan padanya...
Tahniah penulis ucapkan pada YB Datuk Seri Jamil Khir Baharom selaku Menteri di Jabatan berkenaan dan sekalung tahniah juga wajar diberikab pada Ketua Rombongan Jemaah Haji Malaysia, Datuk Syed Salleh atas kejayaan Tabung Haji tu...
Tiada perkataan yang mampu diucapkan selain ucapan syukur pada Allah SWT atas kejayaan ini dan semoga Tabung Haji terus cemerlang mencari jalan mempermudahkan ibadah jemaah kita di bumi Anbiya' ini... insyaallah...