Inilah gambar terbaru Kaabah yang menjadi kiblat umat Islam di seluruh dunia.. Allahu Akbar! |
Meskipun dinasihatkan supaya mengurangkan aktiviti sunnah dan tidak terlalu bertumpu pada ibadat sunat sebelum berwukuf di Padang Arafah, penulis sempat meluangkan sedikit masa untuk berada di Masjidil Haram untuk membaca Al-Quran, bersolat sunat dan bertahmid di situ...
Bukan apa. Mengenangkan pahala yang berganda 100,000 pada setiap amalan yang kita lakukan rumah Allah itu, ia menyebabkan penulis tetap meluangkan sedikit masa setiap hari untuk ke Baitul Ateeq.
Bayangkan, kita hanya memperoleh satu pahala bagi setiap huruf Al-Quran yang kita baca di masjid atau di rumah kita. Namun di Masjidil Haram ia diganda sehingga 100,000 pahala. Lagipun penulis giat menghimpun pahala dan memohon dihapuskan segala dosa sebelum ajal datang menjemput...
Para jemaah haji pasti tidak puas menatap Kaabah sambil berdoa padaNya... (termasuk la penulis...) |
Pun begitu, dalam kesukaran penulis mencari ruang dan sudut untuk beribadah, penulis sempat merakam beberapa keping gambar di dalam Masjidil Haram, khususnya di tingkat 2 dan tingkat 3 (paling atas) yang masih dalam proses pembinaan ruangan baru...
Berikut adalah beberapa keping gambar yang penulis maksudnya. Tataplah dan berdoalah agar kita berpeluang ke tempat ini. Penulis kalau dijemput Allah sekali lagi ke Masjidil Haram pastinya tidak akan melepaskan peluang tersebut, khususnya untuk tujuan Haji atau Umrah..insyaallah...
Saksikan keadaan terkini di dalam Masjidil Haram di bawah...