SHAH ALAM - Cadangan untuk meletakkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Presiden parti itu akan "menjerat" diri.
Dekan Pusat Pengajian Antarabangsa Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM), Profesor Madya Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata, cadangan itu akan membuat Anwar tersepit di antara kepentingan peribadi dan parti.
Menurutnya, walaupun cadangan itu dilihat untuk menyelesaikan masalah dalaman parti yang berlaku namun ia tidak mudah untuk selesaikannya.

"Pindaan perlembagaan parti itu untuk meletakkan Anwar sebagai Presiden akan menjeratkan diri Anwar.
"Ini kerana Anwar ada anak dan isteri serta sahabat paling setia iaitu (Mohamamed) Azmin Ali.
"Memang cadangan itu untuk menyelesaikan isu dalaman dalam parti yang semakin teruk tetapi, Anwar sendiri akan terjerat antara parti dan kepentingan peribadi," katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini.
Semalam, media melaporkan, seorang anggota perwakilan PKR mencadangkan Anwar mengambil alih jawatan presiden berdasarkan sumbangan dan pengorbanannya kepada parti.
Setiausaha PKR Selangor, Amirudin Shari berkata, perkara itu juga sah mengikut perlembagaan parti itu.
"Inilah saat terbaik untuk Anwar mengambil alih dan menerajui kepimpinan PKR sebagai pemimpin utama parti," katanya.
Susulan itu, Anwar telah menyatakan akan menunggu perlembagaan yang dipinda diluluskan Pendaftar Pertubuhan (ROS) sebelum membuat keputusan.
"Kita tunggu ROS luluskan pindaan dahulu.
"Saya 'enjoy' dengan diri saya sekarang, kenapa saya... (dipilih)," katanya.
"Mungkin relevan Anwar nak jadi presiden sekarang untuk selesaikan dan kukuhkan kembali PKR.
"PRU14 pun lambat lagi, dia masih ada masa yang cukup untuk berbuat demikian.
"Tapi Anwar tetap juga kena bertanding untuk jawatan tersebut," katanya.
Azizuddin |