Teka-teki mengenai tarikh perkahwinan Rozita Che Wan, 40, dan Zain
Saidin, 29, akhirnya terungkai apabila pasangan popular ini memilih
untuk bernikah pada 11 Disember depan bertempat di Gazebo Setia City
Convention Centre, Shah Alam, selepas solat Maghrib sekitar jam 7.30
malam.
Pengumuman ini dibuat dalam satu sidang media khas yang diadakan di Setia City Convention Centre sebentar tadi.
Majlis berinai akan diadakan di Ndah Mahligai, Shah Alam pada 10
Disember, jam 8 malam. Acara persandingan pula pada 13 Disember di Grand
Ballroom, Setia City Convention Centre, Setia Alam.
Pada sidang media tersebut, pasangan ini turut memberitahu
mereka menerima tajaan barangan perkahwinan bernilai RM13 juta
termasuklah cincin Habib Jewel bernilai RM10 juta.
Astro Ria menerusi saluran 104 diumumkan sebagai penyiar rasmi untuk majlis akad nikah dan persandingan.
Terdahulu, pasangan pelakon popular ini telah mengadakan majlis
merisik bertempat di Carcosa Sri Negara pada 29 September lepas,
dihadiri oleh 60 orang tetamu yang terdiri dari keluarga dan kenalan
rapat.
Pasangan ini turut mengadakan sesi fotografi pra-perkahwinan di
beberapa lokasi sekitar Eropah dan Bali. – Gua.com.my