ALOR SETAR - Rumah mampu milik yang ditawarkan oleh Perumahan Rakyat
1Malaysia (Pr1ma) pada harga harga RM100,000 hingga RM400,000 seunit
adalah mahal dan tidak mampu dimiliki penduduk negeri ini.
Ketua Pembangkang, Datuk Ir Amiruddin Hamzah (Pas-Anak Bukit) berkata, harga itu adalah di luar kemampuan kebanyakan penduduk Kedah dan mereka memang tidak mampu beli.
Beliau berkata, harga rumah itu wajar dikaji semula bersesuaian dengan keadaan sosioekonomi penduduk Kedah yang masih berada tahap pertengahan.
“Mungkin harga itu sesuai di bandar besar tetapi bukan di Kedah,” katanya ketika bangun mencelah ketika penggulung Bajet 2014 oleh Exco Kerajaan Tempatan, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga, Perumahan dan Pembangunan Insan, Badrol Hisham Hashim (BN-Kuala Nerang), semalam.
Menurutnya, kerajaan perlu memikirkan kaedah lain dan menyediakan rumah yang benar-benar mampu dimiliki rakyat negeri ini iaitu harganya wajar dan berpatutan. Ali Yahaya (BN-Pantai Merdeka) turut bangun dan mencadangkan rumah mampu milik berada dalam lingkungan harga RM120,000 seunit dan difikirkan sesuai dengan corak kehidupan penduduk Kedah.
Menurutnya, kerajaan perlu memikirkan tahap pendapatan majoriti rakyat di sesebuah negeri sebelum merangka bentuk perumahan dan harga yang ditawarkan supaya betul-betul memberi manfaat kepada orang ramai.
“Kalau dengan harga RM120,000, wakil rakyat macam kami pun tak mampu nak beli sebab kelayakan pinjaman perumahan kami hanya RM100,000,” katanya dalam nada ketawa.
Beliau juga meminta kerajaan negeri menetapkan syarat kawasan perumahan baru perlu mempunyai tanah perkuburan sendiri dan tidak menumpang dengan kariah atau masjid berdekatan.
“Kalau sampai 5,000 rumah dalam satu kawasan, pemaju perlu menyediakan tanah perkuburan Islam yang tersendiri.
“Masalah akan timbul apabila muncul lagi perumahan baru di kawasan berhampiran. Kalau berlaku kematian nak dikebumikan di mana?,” katanya.