ALOR SETAR - Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik) diminta meneliti adat yang
diamalkan oleh masyarakat agar tidak bertentangan dengan hukum Islam.
Exco Belia dan Sukan, Kesenian, Kebudayaan dan Warisan, Badan-badan Bukan Kerajaan, Aminuddin Omar berkata, langkah itu perlu agar mereka tidak terkeliru dan terus mengamalkan adat yang bercanggah dengan agama.
Untuk itu, jabatan agama perlu memberi satu pencerahan mengenai adat yang boleh dipegang atau diamalkan.

"Aktiviti yang berkaitan dengan adat adalah perkara yang dekat dengan agama kerana meliputi cara hidup sesebuah masyarakat.
"Oleh itu, adat yang menjurus kepada menerapan nilai keagamaan dan perpaduan masyarakat perlu diteruskan," katanya selepas merasmikan program Merakyatkan Seni Budaya: Festival Adat 2013 anjuran Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Kedah dengan kerjasama kariah Majlis Kampung Wang Tepus, di sini, hari ini.
Hadir sama, Pengarah JKKN Kedah, Abdul Mutalib Abdul Rahman dan selebriti Akhil Hayy.
Menurutnya, selama ini masyarakat mengamalkan pelbagai bentuk adat tradisi yang kadang kala dalam bentuk turun temurun tanpa diperhalusi dengan betul.
"Ia akan menjadi masalah jika bercanggah dengan agama kita (Islam)," katanya.
Mengenai program itu, Aminuddin berkata, pihaknya bersama jabatan kerajaan sentiasa menyokong program seumpama ini dalam usaha mempertahankan warisan masyarakat setempat.
"Kita perlu memperkasakan khazanah yang ada dalam masyarakat bagi membentuk perpaduan. Misalnya hari ini kita tonjolkan adat cukur jambul bayi, adat berendoi dan berzanji.
"Jika sesuatu adat itu menyimpang dari syariah Islam, ia memerlukan kata putus atau cadangan Jaik agar masyarakat tidak keliru dengan adat istiadat," katanya. -Sinar