Pelantikan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu sebagai Pesuruhjaya
Pas negeri menggantikan Datuk Mohd. Salleh Man dilihat seperti wujud
agenda tersirat.
Bekas Ketua Dewan Pemuda Pas negeri, Mohamed Hafiz Mohamed Nordin
berkata, seolah-olah ada yang tidak kena berhubung pelantikan tersebut
memandangkan Mohamad atau Mat Sabu sendiri sebelum ini menamakan Mohd.
Salleh sebagai Pesuruhjaya Pas negeri.
Sebelum ini kami kepimpinan Pas negeri mahukan Mat Sabu terus
menjadi Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang tetapi beliau menolak dan
mencadangkan Mohd. Salleh.
Walau bagaimanapun kini beliau menerima pula sedangkan dirinya
terpalit dengan pelbagai kontroversi termasuk didakwa dikaitkan dengan
Syiah," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Selasa lalu, Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali mengumumkan
pelantikan Mat Sabu sebagai Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang dalam satu
sidang akhbar di Pejabat Agung parti itu di ibu negara.
Mohammad Hafiz yang juga Penyelaras Jaringan Muslimin Pulau Pinang
(JMPP) dalam pada itu menggesa kepimpinan Pas negeri sedia ada supaya
tampil memberikan pandangan terhadap pelantikan berkenaan.
Sebagai pemimpin yang dilantik ahli di peringkat bahagian, mereka
perlu tampil memberikan maklum balas sama ada menerima atau menolak
pelantikan Mat Sabu," ujarnya.
Selain itu mengulas mengenai kemelut yang melanda Pas negeri,
tegasnya, pelantikan Mat Sabu juga dilihat tidak akan dapat
menyelesaikan masalah yang dibangkitkan kepimpinan Pas negeri. - Utusan