Anda Sudah Cuba Fesyen Jubah Termoden Ini?

jubah1
Lelaki masa kini juga tidak mahu kalah dalam berpakaian dan berfesyen, tidak seperti masa-masa dahulu.

Lelaki sebegini yang dikenali sebagai jejaka metroseksual pastinya teruja dengan produk fesyen terbaru yang direka khas untuk mereka.

Buat yang ingin mencari kelainan dalam bergaya, apa kata sarungkan sepersalinan Jubah Polo yang diperbuat daripada kain kapas lacoste yang merupakan fabrik kain yang sama digunakan dalam pembuatan t-shirt polo.

Walaupun nampak agak janggal untuk digayakan, nyata permintaan terhadap jubah ini juga laku di pasaran online.

Masakan tidak, dengan harganya yang serendah RM60 sehingga RM150 tentunya menarik perhatian para jejaka di luar sana.

Rekaannya terdapat dalam pelbagai warna, cumanya jubah lengan pendek ini kelihatan sedikit janggal kan.

Tak mengapalah, lain orang lain citarasanya, ye dok? - Mynewshub.my

jubah
jubah2