Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim kini sedang berhempas pulas menangani serangan akibat akaun Twitternya yang dikesan telah menjadikan gambar aksi lucah seorang lelaki melakukan seks oral sebagai salah satu tweet favouritenya.
Tweet favourite ialah satu cara untuk pengguna memilih tweet dari akaun orang lain sebagai tweet yang digemarinya.
Dalam kes Anwar ini, yang berlaku pada 25 Disember lepas akaun
@anwaribrahim telak klik Favourite pada gambar berkenaan yang diretweet
oleh seorang yang lain dengan akaun @KelvinAlmos69.
(BUKTI… Akaun twitter milik Datuk
Seri Anwar Ibrahim dengan gambar dua orang lelaki sedang melakukan seks
oral dalam ruangan tweet yang digemari (Favourite) oleh Anwar sendiri..
Bukti akaun Anwar ialah lambang pengiktirafan Twitter berwarna biru di
sebelah kanan namanya)
(GAY….
Tweet dari akaun Malaysia Gay Update yang meminta Anwar Ibrahim melihat
ruangan favouritenya bukti ada komunikasi antara Anwar dan juga Twitter
gay)
(TERUJA…
Pengendali Twitter Malaysia Gay Update teruja apabila melihat bekas
Timbalan Perdana Menteri, iaitu Anwar jadikan tweet berkenaan sebagai
favourite dalam komunikasinya dengan @KelvinAlmos69)
Anwar dalam tweetnya selepas kejadian itu, menggunakan huruf besar dengan mengatakan ‘NOT ME’, ‘NOT by ME‘
sebelum datangnya tweet dari beliau mengatakan ia adalah kerja ‘jahat’
pasukan siber Umno yang telah menceroboh ke dalam akaun twitter beliau.
(PUTAR
BELIT… Anwar maklumkan melalui tweet ia adalah angkara UMNO yang cuba
menceroboh akaun Twitternya beberapa kali, habis tu takkan Anwar tak
perbaiki sistem keselamatan akaun Twitter)
Menurut Anwar yang juga Ketua Umum Parti
Keadilan Rakyat (PKR), percubaan hack ke atas akaun Twitter beliau telah
beberapa kali terjadi oleh pasukan siber Umno.
Pada penulis, jika ia sudah beberapa kali berlaku Anwar dan pasukan
sibernya yang dianggap hebat sepatutnya tahu bagaimana memelihara
keselamatan akaun Twitter berkenaan daripada terus diceroboh.
(GELABAH….
Rangkaian tweet dari Anwar yang cuba memutarbelitkan bukti apabila
menggunakan huruf besar NOT ME dan NOT by ME mengatakan bukan beliau
yang menjadikan tweet lucah itu sebagai tweet kegemarannya, Ada soalan
dari @AhmadFarid, kenapa Anwar tidak delete perbuatan itu.. Kantoi
lagi!!)
Tambahan pula akaun Anwar ialah akaun yang sudah diiktiraf oleh
Twitter sebagai akaun asli milik Anwar dan biasanya akaun twitter yang
sudah diiktiraf Twitter, sistem keselamatan untuk anda ‘sign in’ adalah
lebih ketat berbanding akaun Twitter biasa.
Mustahil akaun itu telah digodam…. sangat mustahil. Dan kalau sudah
digodam… takkan setakat favourite satu benda aje? Kenapa tidak ada yang
lain-lain? Dan cepat betul Anwar dapat memegang balik akaun Tweetnya
itu.
(JAMBU…
Satu foto seorang lelaki berwajah jambu yang turut dijadikan Anwar
sebagai Favourite 6 November lepas, tetapi sehingga waktu ini masih
tidak didelete oleh Anwar, kenapa Anwar perlu menggemari gambar-gambar
sebegini)
Sebenarnya, semakin muak dengan alasan-alasan yang diberikan Anwar.
Sesiapa pun kalau berakal dan waras, boleh nampak pembohongan melampau
itu.
Ada kemungkinan pada cuti Krismas ketika sedang melihat tweet-tweet
yang digemari, Anwar tekan favourite kepada gambar berkenaan tetapi
kemudian menjadi panik kerana akaun itu adalah akaun rasminya sebagai
Ahli Parlimen Permatang Pauh. -Mynewshub.my