Bekas awek Fahrin Ahmad dah nak kahwin dahhh...

Penyampai radio popular, Linda Onn mengesahkan bakal berkahwin dengan lelaki berstatus kerabat diraja pada 27 Disember ini seperti dilaporkan. 

Linda atau nama sebenarnya Rozlindah Onn, 36, bagaimanapun enggan mendedahkan butiran terperinci mengenai majlis itu buat masa ini. 

Hari ini, media melaporkan pengacara dan penyampai radio Suria FM itu dipercayai bakal menamatkan zaman bujang dengan seorang lelaki berstatus kerabat diraja pada 27 Disember ini.

Menurut sumber Harian Metro, Linda dipercayai sudah memohon cuti bekerja daripada Suria FM bermula 26 Disember hingga 6 Januari depan, sekaligus mengukuhkan desas-desus berkenaan. 

Menurut sumber, pasangan terbabit juga sudah mendaftarkan perkahwinan mereka di pejabat agama di Johor Bahru dekat sini. 

Foto

Linda menambah, kenyataan rasmi berhubung perkahwinan itu akan dikeluarkan dalam masa terdekat. -Metro