Presiden Jalur Tiga (JATI) Datuk Dr Hasan Mohamed Ali berkata,
sebilangan besar ulama dalam dan luarnegara telah memperakui hukum
mengamalkan Syiah sebagai kufur.
"Para ulama seluruh dunia termasuk Yusof Qardawi sendiri telah kemuka fatwa mengatakan hukum mengamalkan Syiah itu kufur, kafir. Jika seorang pun yang mengamalkan amalan kufur terutamanya melibatkan orang Islam maka kita patut bingkas bangun memikirkannya." katanya pada sesi temuramah khas bersama Rakyat News di pejabatnya di sini semalam.
Beliau menjelaskan, bilangan yang mengatakan seramai 250 ribu orang yang mengamal ajaran Syiah dalam Malaysia sebagai bukan perkara utama. Ini berikutan penyebaran amalan yang bercanggah dengan hukum syariat Islam itu juga mampu memberi kesan negatif yang besar kepada umat Islam walaupun digerakkan oleh sebilangan kecil penyebarnya.
Sehubungan itu, beliau berpendapat dan berharap gejala tidak sihat itu mampu ditangani dengan baik sekaligus mengenepikan tanggapan orang ramai yang menganggap kerajaan bersikap terlalu lembut.
"Syiah ini dari segi akidah, hukum syariat Islam dan akhlaknya adalah salah. Bilangan (pengamal) tidak penting, kerana apa berkaitan akidah saya akan tentang habis-habisan." tegas beliau.
Sementara mengulas mengenai hubungan Malaysia dengan Iran yang popular dengan kepimpinan Syiah pula Hasan berpendapat ia merangkumi dua aspek berbeza yang perlu menepati batas-batasannya. Namun yang
demikian hubungan negara melibatkan sektor ekonomi perlu diteruskan.
"Ekonomi Iran dan Malaysia perlu diteruskan. Mungkin ada kaitan dengan hukum hakam tetapi sebagai negara Islam kita harus menjalin hubungan ekonomi lebih rapat dengan negara Islam berbanding negara bukan Islam. Iran termasuk dalam tafsiran negara Islam.
Keduanya, hubungan dengan Iran itu patut dipisahkan dari segi bukan sahaja diplomatik, ekonomi tetapi kedua-dua rakyat terutamanya rakyat Iran yang telah mempunyai tamadun begitu lama, dapat pisahkan hubungan manusia sesama manusia, sosialnya, kemasyarakatannya, sesama insannya patutnya dipisahkan dengan hubungan berkaitan akidah dan akhlak.
Begitu juga dengan Amerika, ramai dikalangan mereka merupakan penganut Yahudi dan Kristian tetapi kenapa kita berhubung? Kerana dia (Iran) Syiah maka kita tutup import eksport, hubungan ekonomi, hubungan antarabangsa bagi saya (tindakan) kita tidak arif." katanya.
Penyebaran ajaran Syiah dalam negara perlu diperangi habis-habisan berikutan ia melibatkan soal akidah umat Islam.