Bongkar Isu "Mat Sabu Syiah?" Part VI: Cerita Saksi 2 - Tok Guru Hj Abdul Rahim


Tok Guru Hj Abdul Rahim merupakan seorang ulama pondok terkenal yang bertapak di Bukit/Sg. Jagung, Pendang, Kedah. 

Beliau juga merupakan bekas kepimpinan PAS Pendang sebelum meletak jawatan ekoran ketidak puasan hati berhubung isu "ulama diketepikan pimpinan PAS" yang berlaku sebelum PRU ke-13.

Beliau juga memiliki puluhan ribu anak-anak murid dari seluruh negara dan merupakan antara ulama PAS yang memperjuangkan mazhab Sunnah Wal Jamaah di Kedah.

Berikut adalah antara intipati penting bagi rakaman video pendedahan siri "Mat Sabu Syiah?" yang ke-6 yang diperoleh dari Ustaz Ashiq Ilahi sebagaimana yang diceritakan pada beliau dan beberapa saksi oleh Tuan Guru Hj Abdul Rahim...

1. Tok Guru Pondok dan Pemuda PAS tahu Mat Sabu berfahaman Syiah.

2. Tok Guru Hj Rahim mengesahkan cara Mat Sabu solat bercirikan solat secara Syiah ketika menumpang solat di rumahnya.

3. Tok Guru Hj Rahim melihat Mat Sabu mengenepikan sejadah yang dibentang untuknya bersolat.

4. Tok Guru Hj Rahim melihat Mat Sabu sujud beralaskan "batu marmar" setelah mengenepikan sejadah yang dibentang untuknya.

5. Pemuda PAS dikatakan memang tidak dapat dinafikan amat sinonim dengan fahaman Syiah.

6. Majoriti (tidak semua) Pemuda PAS berfahaman Syiah.

Saksikan video tersebut di bawah: