Bongkar Isu "Mat Sabu Syiah?" Part VII: Cerita Saksi 1 - Tn Guru Dr. Hj Abdul Aziz Hanafi


Tuan Guru Dr Hj Abdul Aziz Hanafi merupakan Pengerusi Gabungan Institusi Pondok Tahfiz dan Ilmuwan Sunni (GIPTIS), sebuah NGO yang memberikan fokus menentang gerakan Syiah di Malaysia.

Beliau pernah menganggotai Ahli Jawatankuasa PAS, Ahli Majlis Mesyuarat Dewan Ulama PAS Kedah (bersama Ustaz Ashiq Ilahi) dan pernah menentukan dasar PAS mengenai isu "keahlian PAS bagi golongan bukan Islam".

Beliau juga dikatakan pernah dicalonkan sebagai calon PAS bagi pilihanraya umum (PRU), namun tidak dapat dikesan secara terperinci mengenainya.

Antara fakta penting dari cerita Tn Guru Dr Abdul Aziz pada Ustaz Ashiq Ilahi (Timbalan Pengerusi GIPTIS) adalah seperti berikut...

1. Tn Guru Abdul Aziz Hanafi menceritakan pengalamannya mengenai Mat Sabu pada Ustaz Ashiq bertempat di Kolej Universiti Insaniah (KUIN).

2. Apa yang diceritakan Dr. Abdul Aziz itu cenderung mengatakan bahawa Mat Sabu berfahaman Syiah.

3. Kata Dr Abdul Aziz, bukan hanya Mat Sabu, malah ramai lagi kepimpinan PAS di peringkat Pusat dan peringkat negeri Kedah yang mengamalkan fahaman Syiah.

4. Dr Abdul Aziz turut menyebut nama-nama pemimpin PAS yang padanya mengamalkan fahaman Syiah.

5. Muslimat PAS ramai yang berfahaman Syiah.

6. Pemuda PAS pun ramai berfahaman Syiah.

7. Dr Abdul Aziz turut memberitahu Ustaz Ashiq mengenai bukti-bukti dakwaan beliau itu, namun Ustaz Ashiq enggan mendedahkan fakta-fakta tersebut.

8. Maklumat dari Dr Abdul Aziz Hanafi itu bukan dikutip dari longkang dan beliau dikatakan tidak akan mengeluarkan kenyataan selagi ia tidak sahih berdasarkan pada ilmu dan kefahaman Islam yang beliau miliki.


Berikut pula adalah profil Tn Guru Dr Abdul Aziz Hanafi: 

Prof. Madya Dr. Haji Abdul Aziz Bin Hj Hanafi (AHLI)
UNIVERSITI AL-AZHAR, MESIR

Ijazah sarjana (MA) Syariah, Doktor Falsafah (Ph.D) Dalam Jurusan Syariah Politik Islam / Ekonomi Islam.


PENGALAMAN KERJA

PENSYARAH, TIMBALAN DEKAN FAKULTI SYARIAH AKADEMI ISLAM DAN PENDIDIKAN ISLAM UNIVERSITI MALAYA

PENSYARAH DAN KETUA JABATAN SYARIAH, INSTITUT PENGAJIAN ISLAM KEMENTERIAN UGAMA ISLAM BRUNEI

PENSYARAH, PENGARAH, PENGARAH AKADEMIK KOLEJ ISLAM DARUL ULUM, POKOK SENA, KEDAH

PENSYARAH KANAN,KULIYYAH SYARIAH KOLEJ UNIVERSITI INSANIAH DEKAN KULIYYAH SYARIAH KOLEJ UNIVERSITI INSANIAH