KUANTAN: Dua pemain bola sepak Pahang bersama pasangan mereka
masing-masing didenda RM1,000 oleh Mahkamah Rendah Syariah atas
kesalahan berkhalwat pada 10 September lalu.
Hakim Syarie Abdul Wahid Md Ali menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohd
Amirul Hadi Zainal, 27, dan Mohd Zaiza Zainal Abidin, 23, serta
pasangan mereka, Zuraida Muhammad, 26, dan Puteri Natalya Adzween Rosly,
23, selepas kesemuanya mengaku salah.
Mereka didakwa berkhalwat dengan pasangan masing-masing di dua bilik berasingan di Hotel Vistana, di sini, jam 4.30 pagi