EKSKLUSIF "MAT SABU SYIAH?"..!!! AHLI PAS DIPERSOAL BUAT PUSINGAN "U", TAK MENGAKU SYIAH..! - PART III

Video rakaman temuramah bersama mudir Pondok Bukit Kobah, Ustaz Ashiq Ilahi, tetap diteruskan hari ini dengan siri yang ke-3. Beliau yang juga tokoh ulama PAS Kedah kali ini melontarkan persoalan yang perlu dijawab oleh golongan PAS Syiah...

Kata Ustaz Ashiq, ketika beliau menjelaskan bahawa Syiah itu merupakan fahaman yang sesat dan bertentangan dengan Islam, ramai golongan Syiah di dalam partinya yang menentang.

Malah mereka mendakwa padanya bahawa fahaman itu tidak sesat sama sekali.

Namun apabila ramai golongan ulama PAS yang berfahaman Sunni bangkit menentang Syiah dan menghukum fahaman itu sebagai sesat, ramai pula yang membuat pusingan "U", mengaku kononnya mereka berfahaman Sunni.

Ustaz Ashiq mempertikai tindakan golongan PAS yang sebelum ini mengaku Syiah tapi membuat pusingan "U" dan tidak tetap pendirian tentang fahaman Syiah yang mereka pegang sebelum itu.

Selain itu, penjelasan Ustaz Ashiq yang juga merupakan ahli Dewan Ulama PAS Kedah itu juga secara tidak langsung mengakui bahawa ramai penyokong dan ahli PAS itu sendiri berfahaman Syiah.

Persoalannya, apakah mereka membuat pusingan "U" itu semata-mata bertujuan untuk bertaqiyyah bagi melindungi fahaman Syiah yang mereka amalkan selama ini?

Ikuti siri ke-3 rakaman video temubual tersebut dibawah: