EKSKLUSIF..!!! SIAPA SAKSI KE-3 "MAT SABU SYIAH?" - PART VIII


Sebagaimana yang dijanjikan, KedahNews.com siarkan sebuah lagi siri temubual pendedahan bagi merungkai isu kontroversi, "Mat Sabu Syiah?". Saksikan rakaman temubual tersebut di bawah.

Mendakwa ramai golongan ulama PAS yang mengatakan Mat Sabu berfahaman Syiah, mudir Pondok Bukit Kobah yang juga ahli PAS, Ustaz Ashiq Ilahi, yang mendedahkan lagi siasatannya mengenai aqidah sebenar orang nombor dua PAS, Mat Sabu.

Beliau tampil memberi keterangan mengenai saksi ke-3 yang dimaksudkan dalam merungkai persoalan "Mat Sabu Syiah?".


Berikut adalah fakta-fakta yang diperoleh dari temubual bersama Ustaz Ashiq Ilahi mengenai saksi ke-3, Tn Guru Hj Salleh dari Pondok Sik.

1. Semua ulama-ulama Sunnah Wal Jamaah di dalam PAS semuanya mengatakan bahawa Mat Sabu menganut fahaman Syiah.

2. Mat Sabu didakwa bukan saja mengamalkan fahaman Syiah, tapi menganut fahaman tersebut.

3. Tn Guru Hj Salleh dari pondok di Sik, Kedah, mengetahui tentang Mat Sabu yang menganut Syiah.

4. Tn Guru Hj Salleh berkali-kali memesan pada ahli-ahli kuliahnya supaya berhati-hati terhadap Mat Sabu ekoran fahaman Syiah yang dianutinya. Amaran tersebut dikeluarkan beliau sebelum Mat Sabu dicalonkan sebagai calon PAS bagi Parlimen Pendang pada PRU ke-13 yang lalu.

5. Tn Guru Hj Salleh meminta supaya perwakilan PAS tidak memberikan undi mereka kepada Mat Sabu ketika pemilihan PAS, pada Muktamar PAS yang berlangsung di Shah Alam baru-baru ini.

6. Permintaan tersebut dikatakan berpunca dari aqidah Mat Sabu yang terpesong pada Syiah dan beliau mahu Timbalan Presiden PAS itu kalah dalam pemilihan PAS tempohari.

Tn Guru Hj Salleh merupakan penyokong PAS tegar dan turut sama "turun padang" pada siri himpunan Bersih sebelum ini.


Berikut pula adalah latar belakang Tn Guru Hj Salleh "Sik":

Nama :Tn Guru Hj Salleh bin Musa    
Tarikh Lahir : 08.02.1929 
Ayah: Tn Guru Hj Musa bin Salleh 
Ibu:Khatijah bt Saad 
Tempat lahir :Pekan Sik 
Bil Adik beradik : 8 orang Anak ke : 3
Pendidikan : - 1.Sek Rendah Keb Sik (Dan ke Pondok Tn Hussin Kedah , kemudian ke Pondok Tn Guru Hj Mad Nawawi Gurun Kedah, ini kurang mashur kerana Tn Guru Sekejap sahaja disana )
2. Pondok Pak Chu Him Gajah Mati Pendang Kedah.
3.Darul Ulum Makkah dan menamatkan sijil kepujian Aliy '
4. Kemudian mendalami ilmu di Masjidil Haram Makkah bersama syeikh-syeikh terkemuka diantaranya Syeikh Ismail Fatani , Syeikh Yassin Al Fadani , Syeikh Abd Qadir Mandili , Syeikh Syed Alawi Al Malikki , Syeikh Syed Amin Qutubi dan syeikh muktabar lain.

Berkahwin dengan Hj Hatiah bt Hanafi Mendapat 2 orang cahaya mata semasa berlajar di Makkah . Tn Guru memiliki 11 orang cahaya mata semuanya . Kini isteri beliau sudah meninggal dunia dan Tn Guru sekali lagi berkahwin dengan Hj Sofiah bt Hj Awang

Tahun 1964 Tn Guru pulang ke Tanah air dan terus berkhidmat membantu mengajar di pondok ayah beliau di Pekan Sik . Tn Guru menggantikan ayah beliau sebagai mudir Madrasah Ar Rahmaniah hingga sekarang . Sekarang Tn Guru dibantu oleh anak belaiu Syeikh Muslim sebagai Timb. Mudir.

Pada tahun 2010 MB Kedah YAB Ust Azizan Abd Razak meanugerahkan Tokoh Pondok Negeri Kedah , 2011 beliau dinobat Tokoh Ilmuan Daerah Sik Oleh Pegawai Daerah Sik.