EKSKLUSIF..!!! VIDEO: MAT SABU PELOPOR SYIAH DALAM PAS? - PART V

KedahNews.com terus merungkai persoalan "Mat Sabu Syiah?" hari ini dengan menyiarkan rakaman video siri ke-5 pagi ini dengan pendedahan yang lebih mengejutkan dari temubual bersama Ahli Dewan Ulama PAS Kedah, Ustaz Ashiq Ilahi, dari Pondok Bukit Kobah, Pendang.

Antara intipati dari temuramah kali ini adalah seperti berikut:

1. 99% dari kalangan tok-tok guru pondok yang majoritinya ahli dan penyokong PAS mendakwa bahawa Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu ata lebih dikenali sebagai Mat Sabu itu berfahaman Syiah (bukan ahli Sunnah wal Jamaah).

2. Ramai ahli dan anak-anak ahli PAS yang dihantar belajar di Universiti Qum, Iran, oleh Mat Sabu dan kembali ke tanahair sebagai penganut Syiah.

3. Unit Amal dan lagu rasminya dicedok dari lagu ciptaan puak Syiah di Iran menandakan betapa pengaruh Syiah itu berleluasa di dalam PAS.

4. Gambar ulama agung Syiah, Ayatollah Khomeini, terpampang di premis Allahyarham Ibrahim Libya dan begitu juga di rumah ahli-ahli PAS sendiri.

5. Pemimpin PAS bukan menyekat, malah mendorong anak-anak ahli PAS supaya belajar di Iran yang majoritinya mengamalkan Syiah yang akhirnya menghasilkan ratusan ribu penganut Syiah di negara kita.

6. Ramai pemuda PAS yang tertarik untuk menganut Syiah dan ada yang sudah pun menjadi penganut fahaman yang difatwakan sesat tersebut.

Saksikan video terhangat di bawah: