Errr..mamat ni fail matematik ke?


BUKAN sahaja untuk berjaya dalam hidup kita perlukan ilmu, sebaliknya hendak menyuarakan rasa tidak puas hati atau protes juga memerlukan ilmu supaya diri sendiri tidak malu.

Di hadapan pusat membeli-belah Sogo, beberapa orang dipercayai melakukan protes ekoran beberapa pengumuman kenaikan harga barangan dan perkhidmatan diumumkan kerajaan.

Seorang daripada lelaki yang memegang sebuah kadbod yang merungut berkenaan kenaikan kos sara hidup, tetapi dia tersalah kiraan antara gaji dan beban kos yang terpaksa dibayarnya.

Dalam kadbodnya tertulis, gaji yang diterimanya ialah RM1500. Kemudian beliau menambah beberapa bayaran kos sara hidup iaitu RM100 (Bil Elektrik) + RM400 (Kereta) + RM150 (Mungkin rokok agaknya) + RM300 (Makan Minum) + RM400 (Rumah) dan diletakkan jumlah keseluruhan RM1900… Padahal kiraan sebenarnya ialah RM1350 dengan baki RM150 lagi.

Bagaimana dia boleh letakkan pada kadbod bantahannya iaitu RM1900??

Gambar dipetik daripada laman Facebook seorang rakan blogger.

Foto ini menerima banyak komen daripada rakan-rakannya dan ada satu komen mengatakan bahawa lelaki yang memegang kadbod ini sebagai kacak tanpa melihat tulisan yang tertera pada kadbodnya.

KomenFacebook

Lihatlah bagaimana, di Facebook, orang selalunya melihat sesuatu status atau gambar dengan sikap serius sebaliknya lain pula yang diperhatikan. MYNEWSHUB.MY