Gambar hiasan |
Suatu yang istimewa
dengan Asma binti Umais, beliau adalah sahabat terdekat Siti Fatimah
r.a. Asma inilah yang mendampingi Fatimah r.a. dengan setia dan
melayaninya dengan penuh kasih-sayang semasa sakit hingga detik-detik terakhir hayatnya.
Kalau demikian rapat hubungan Asma ra dengan
Fatimah ra bermakna rapat jugalah hubungan dengan Abu Bakar ra , kerana
masa itu Asma adalah isteri Khalifah Abu Bakar. Perlu diingat Fatimah
ra meninggal dunia enam bulan selepas Rasullah saw meninggal dunia.
Jadi
bagaimana boleh timbul fitnah kerengangan hubungan Fatimah ra dan Ali
ra dengan Abu Bakar ra.? Dikatakan berita kewafatan Fatimah ra. telah
dirahsiakan dari pengetahuan Abu Bakar ra.
Rumah Fatimah r.a @ Ali r.a hanya
ditepi masjid Nabawi, dan ABu Bakar adalah Imamnya – mungkinkah kematian
Fatimah r.a menjadi rahsia? Asma bt Umais r.a yang menguruskan jenazah
Fatimah r.a adalah sahabat baik Fatimah r.a adalah isteri Abu Bakar r.a!