Gaji Menteri Besar Perlis dinaikkan dari RM14,715.15 kepada RM17,000 sebulan setelah diluluskan oleh Dun hari ini.
Menteri Besar, Azlan Man berkata, kenaikan itu akan berkuasa mulai bulan depan dengan mencatatkan kenaikan 20 peratus.
Beliau berkata gaji Speaker Dun dan ahli exco juga dinaikkan sebanyak 31 peratus dari RM6,109.29 kepada RM8,000.
Adun pula menerima kenaikan elaun bulanan 46 peratus dari RM4,112.79 kepada RM6,000 setelah disemak kali terakhir pada 2006.
"Ia adalah kadar yang sesuai dengan keadaan ekonomi negeri ini dan setara dengan beberapa negeri lain seperti Melaka, Negeri Sembilan, Johor dan Kedah.
"Kita tidak mampu memberi kenaikan lebih tinggi seperti yang dilakukan kerajaan Selangor dan Pulau Pinang," katanya pada sidang media selepas sidang Dun ditangguhkan hari ini.
Menurutnya, turut menerima kenaikan gaji ialah setiausaha politik kepada menteri besar iaitu dari RM3,000 kepada RM5,000 sebulan.
Beliau berkata, kadar gaji setiausaha politik tidak pernah disemak sejak 1992 dan kenaikan itu difikirkan wajar dengan beban tugas yang ditanggung selama ini.
Azlan berkata kenaikan itu melibatkan pertambahan perbelanjaan kerajaan negeri sebanyak RM1.26 juta setahun.