Gambar seksi maut Sharifah Sakinah

saknah7

Daripada seseorang yang mula dikenali kerana dia merupakan adik kepada Sharifah Haslinda dan Sharifah Shahirah (Shira) ketika memasuki bidang lakonan, Sharifah Sakinah kini boleh dikatakan sudah berjaya dikenali dengan nama sendiri.

Bagaimanapun tak keterlaluan kalau dikatakan, nama Sakinah bukan dikenali sebagai pelakon dan pelawak seperti kakak-kakaknya tetapi lebih kerana perangai.

Jika sebelum ini Sakinah diperkatakan ramai kerana memuatnaik video gila-gila tahap melampau dalam Keek, kini dia mencipta kontroversi menerusi akaun media sosial lain iaitu Instagram pula.
Sejak kebelakangan ini, Sakinah dilihat gemar memuatnaik gambar-gambar dirinya berpakaian seksi termasuk mendedahkan sebahagian besar badan, perut dan kaki.

Tindakan ini mencetuskan pelbagai komen termasuk dalam kalangan pengikutnya di Instagram.
Ada yang menyokong, ada yang mengutuk dan tak kurang juga yang err.. ambil kesempatan untuk tengok je diam-diam sebab dah kasi free kan.

fan1

Dari satu sudut mungkin Sakinah mahu berlaku jujur bahawa inilah dirinya yang sebenar atau mungkin juga, dia mengharapkan gambar-gambar yang dikongsikan itu dapat membakar semangat wanita lain untuk jadi kurus sepertinya.

Tapi dari segi lain, ia menunjukkan seolah-olah Sakinah ini seorang yang dahagakan perhatian. Tak gitu?

1a0d606259b911e3aa45123fe2c0d3cb_8  9bb714f2599e11e3a2a612750ba5e5d1_8
d2869f925a6711e380130a5debf0a37b_8  
sakinah4  sakinah3
sakinah1  sakinah5

Sumber: MNH/Instagram Sharifah Sakinah