Hina Islam dan Melayu hanya dihukum penjara, denda? Cukup ke?

kontraksosialdanartikel153baru-100118033030-phpapp02-thumbnail-4

Saya rasa terpanggil untuk mengulas cadangan Senator Mohd Olian Abdullah di Dewan Negara supaya mana-mana warganegara Malaysia yang menghina bendera kebangsaan, Jalur Gemilang, supaya dilucutkan kewarganegaraan. Cadangan tersebut disokong oleh Senator Noriah Manaf ketika dewan membahaskan Rang Undang-Undang Kanun Keseksaan  (Pindaan) 2013.

Sebetulnya saya tidak tahu sama ada secara sedar atau tidak bahawa melucutkan kewarganegaraan seorang rakyat negara ini dibolehkan atau tidak. Namun saya kira, kita pernah dimaklumkan sebelum ini oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad bahawa perlembagaan negara tidak membenarkan hukuman seumpama itu dilaksanakan.

Pun begitu, saya sebenarnya agak sedikit kecewa dengan penjelasan Tun M itu memandangkan dalam keadaan semasa. Jika benar kewarganegaraan seseorang itu tidak boleh dilucutkan, maka ia adalah sesuatu yang malang. Justeru itu saya rasa ia wajar dipinda bagi membolehkan hukuman seumpama itu dilaksanakan.

Di zaman awal kemerdekaan, di zaman Allahyarham Tunku Abdul Rahman, Allahyarham Tun Abdul Razak, Allahyarham Tun Hussein Onn dan di zamanTun Dr. Mahathir mungkin undang-undang melucutkan kewarganegaraan tidak relevan dilaksanakan kerana keadaan semasa yang aman serta tidak memaksa.

Namun di zaman Tun Pak Lah Ahmad Badawi, suasana negara berubah secara drastik. Ekoran pentadbiran yang lemah dan terlalu berlembut, memaksa Tun Pak Lah dituntut melepaskan jawatan pada Timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak. Ketika itu, suasana politik negara begitu kacau bilau dan sangat tidak sihat.

Pada saya, antara sebab keadaan sebegitu berlaku ialah tindakan Pak Lah yang melepaskan penjenayah yang pandai berlakon, bijak berpidato dan “psycho”, serta mengamalkan sorak pentadbiran yang terlalu mengikut telunjuk segelintir rakyat minoriti selain tidak mampu mengatasi tekanan yang diterima.

Ketika Najib mengambil alih tampuk pemerintahan negara dari Pak Lah, beliau terpaksa berhempas pulas mengatasi kelemahan-kelemahan tersebut. Dalam masa yang sama, beliau juga perlu menghadapi PRU13, pemilihan UMNO dan kerenah pembangkang yang seolah-olah diserang penyakit “gila sawan”.

Ya. Najib berjaya mengekalkan BN sebagai parti pemerintah dan memperkasakan UMNO yang sebelum itu agak “uzur”. Walaupun tidak menang 2/3 sebagaimana Pak Lah, Najib berjaya membuktikan sokongan bangsa Melayu kembali kepada UMNO. UMNO dapat distabilkan walaupun MCA masih lagi terkial-kial mencara sokongan kaumnya yang hilang..

Momentum dari kesinambungan kesan negatif di zaman Pak Lah itu terpaksa Najib harungi sehingga kini. Memandangkan ISA sudah dimansuhkan, maka puak-puak yang menuntut akta itu dihapuskan sudah jadi besar kepala dan ada yang sudah bertindak luar batasan.

Islam sebagai agama rasmi dihina sewenang-wenangnya. Hak bangsa Melayu dan bumiputera yang dulu diberani dipersoal, kini dijadikan bahan pertikaian yang menuntut kesamarataan hak. Intipati utama kontrak sosial dan jus soli tersebut tidak lagi dihormati dan menjadi senjata untuk puak-puak yang kurang ajar…

Bendera Malaysia, Jalur Gemilang dihina sesuka hati. Perlembagaan negara dinodai. Rukunegara tidak lagi dihayati. Muncul pula pengkhianat-pengkhianat “Si Kitul” dan “Raja Mendaliar” yang bermaharajalela mengkucar-kacirkan negara. Kalau boleh, mereka mahu “Arab Spring”kan bumi Tanah Melayu ini mengikut acuan nafsu serakah politik mereka…

Ekoran sikap kurang ajar segelintir puak tidak bertanggungjawab itu, ia mencetus kemarahan dan perasaan tersinggung di kalangan orang Melayu. Ya, laporan polis dibuat. Namun apa hukumannya? Setahun atau dua tahun penjara? Denda RM10,000? Bolehkah hukuman seumpama itu mengubat hati dan maruah bangsa Melayu yang parah dipijak di bumi sendiri?

Paling menyakitkan hati, adakalanya bangsa Melayu terpaksa menelan kemarahan hanya dengan kenyataan “meminta maaf”. Minta maaf saja? Selepas itu pencetus provokasi yang kurang ajar itu dilepaskan dan tindakannya dilupakan begitu saja? Mungkin sebab itu mereka “naik lemak” dan makin “pijak kepala kita”, kan?

Justeru itu, saya berpandangan bahawa hukuman melucutkan kewarganegaraan pada saya amat relevan untuk dilaksanakan di negara ini berdasarkan kesalahan yang melibatkan perkara yang sensitif. Perkara sensitif itu mampu mencetus sekali lagi tragedi 13 Mei. Perkara itu mampu menyalakan api amukan Melayu dan Bumiputera yang sebelum ini dipendam…

Tidakkah keadaan itu mampu menggugat keselamatan negara? Tidakkah perkara itu mampu menyebabkan tanahair kita huru-hara? ISA sudah dimansuhkan. Rang Undang-Undang baru sebagai gantinya belum lagi disiapkan. Tapi maruah Islam dan Melayu semakin hari semakin dipijak pengkhianat dan “puak” tidak sedar diri itu…

Jadi, saya ingin mengesyorkan pada Senator Mohd Olian supaya tidak hanya fokus kepada kesalahan menghina Jalur Gemilang saja untuk dilucutkan kewarganegaraan seseorang itu. Namun adalah lebih baik lagi jika dicadangkan supaya dilanjutkan lagi hukuman itu pada sesiapa yang mencabar Islam, Bangsa Melayu – Bumiputera, kontrak sosial dan seumpanya di negara kita.

Tiada lagi kompromi bagi puak-puak yang kurang ajar di negara ini. Kalau ada yang tak puas hati, sila keluar dari Tanah Melayu kerana dulu pun memang Tunku Abdul Rahman mahu kaum yang dibawa masuk penjajah dihantar kembali ke negara asal mereka. Pada saya, tak rugi kalau kita hilang puak yang tidak tahu diuntung itu, kan? Wallahu’alam…

Sumber: Mykmu.net