Pengorbanan seorang wanita menjadi ‘isteri gantian’ demi mengelakkan
malu keluarga suaminya, hanya sia-sia apabila dia kemudian dilayan
seperti hamba seks serta dipandang rendah termasuk oleh mentuanya.
Wanita itu yang mahu dikenali sebagai Hanim, 25, berkata, selama
empat bulan pertama berkahwin, dia dan suami hanya berhubung menerusi
telefon selain berjumpa seminggu sekali kerana suaminya yang juga
seorang doktor, bertugas di luar ibu negara.
Hanim berkata, apa yang menyedihkan ialah di sebalik bersikap dingin
terhadapnya, suaminya seolah-olah menjadikan dia seperti hamba seks
setiap kali mereka berjumpa termasuk meliwatnya.
“Saya diliwat ketika usia perkahwinan baru masuk hari ketiga.
Selepas itu dia hanya pulang ke rumah sekali-sekala dan setiap kali
balik dia mesti mengajak saya melakukan hubungan kelamin termasuk luar
tabii.
” Tanpa pilihan, saya terpaksa menurut saja kemahuannya,” katanya.
Berikutan itu, perkahwinan Hanim yang berlangsung Mei lalu di sebuah
kawasan perumahan dekat sini, hanya bertahan enam bulan apabila mereka
bercerai November lalu.