Kronologi kemelut DAP Kedah

10 Mei 2013
- Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng memutuskan dalam minit mesyuarat pemimpin pusat melantik Zairil Khir Johari Abdullah sebagai Pengerusi Interim DAP Kedah.

 27 Mei 2013
- DAP pusat mengarahkan Zairil untuk membentuk semula ahli jawatankuasa DAP Kedah dengan melantik kumpulan baru demi hala tuju parti.

28 Mei 2013
- Ahli Pimpinan DAP Pusat, Thomas Su membuat perjumpaan dengan ahli jawatankuasa DAP Kedah di bawah pimpinan bekas Pengerusi DAP kedah, Lee Guan Aik untuk memberi penjelasan berkaitan tindakan DAP pusat melantik Zairil

28 Jun 2013
- Zairil datang ke Alor Setar dan memanggil pemimpin khas untuk mewujudkan ahli jawatankuasa interim yang baru.

8 Julai 2013
-  Guan Aik menghantar surat aduan kepada Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) untuk meminta supaya menyiasat dan menentukan jawatankuasa DAP Kedah yang sah.

9 Ogos 2013
- Guan Eng merasmikan pembukaan Ibu Pejabat DAP Negeri Kedah yang baru di Jalan Putra, Alor Setar.

2 November 2013
- Naib Pengerusi 1 Interim DAP Kedah, Syed Araniri Syed Ahmad meletak jawatan berkuat kuasa serta merta kerana hilang kepercayaan terhadap kepimpinan parti.

16 November 2013
- Dalam satu sidang media di Ibu Pejabat DAP Negeri Kedah, Zairil mengumumkan akan mengadakan sesi dialog bersama semua cawangan DAP Kedah pada 9 dan 10 Disember ini.

4 Disember 2013
- Guan Aik mengumumkan menerima surat dari ROS yang mengiktiraf dirinya sebagai Pengerusi DAP Kedah yang sah.
- Zairil mahu melihat sendiri surat pengiktirafan ROS daripada Lee Guan Aik sebelum mengambil tindakan lanjut.

6 Disember 2013
- Guan Aik menegaskan tidak akan menunjukkan surat itu kepada Zairil dengan alasan cukuplah sekadar melihatnya menerusi media cetak dan elektronik.

7 Disember 2013
- Bendahari DAP Kedah, Law Theng Hooi memaklumkan bahawa 15 Cawangan DAP Kedah menolak sesi dialog bersama Zairil